Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

by Phic ARMAN
May 15, 2026
179
KONGSIAN
Share on Facebook

Cadangan kerajaan untuk mengurangkan kuota subsidi BUDI95 daripada 200 liter kepada 150 liter nyata buat ramai rakyat mula tak senang duduk. Bagi sesetengah orang mungkin nampak macam angka kecil, tapi untuk golongan B40 yang hidup cukup-cukup makan, ia ibarat tambah lagi satu beban atas bahu.

Di Threads, ramai mula meluahkan rasa resah. Ada yang kata minyak kereta bukan lagi sekadar isi untuk berjalan, tapi ‘nyawa’ untuk cari rezeki setiap hari. Bila kuota makin kecil, mereka mula fikir macam mana nak ulang-alik kerja, hantar anak sekolah, urus keluarga dan dalam masa sama berjimat.

Seorang pengguna tampil meluahkan rasa kecewa dan meminta kerajaan mengembalikan semula kuota asal seperti dahulu.

“Kembalikan semula kuota RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter semula… jangan nak bebankan rakyat”- tulisnya.

Luahan itu bukan sekadar rungutan biasa. Ramai di ruangan komen mengaku mereka sendiri sedang ‘sesak nafas’ dengan keadaan ekonomi sekarang. Harga barang naik, komitmen makin banyak, gaji pula masih di takuk lama.

Paling menyentuh hati apabila ada yang mengaitkan tekanan hidup hari ini dengan peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

“Sekarang ni dah banyak kes orang mental health. Ini salah satunya bila tekanan dari kerajaan.

“Dulu tak ada subsidi dihadkan. Kurang tekanan walaupun harga barang naik. Kemudian subsidi hanya 300 liter sebulan tapi masih lagi dalam kawalan. Sekarang ni 200 liter sebulan.

“Demi Allah, aku laki bini terkesan sangat-sangat. Suami kerja ulang-alik KL-Seremban, aku pula kerja area Seremban tapi ke hulu ke hilir urus anak dan kerja.

“200 liter hanya cukup kurang tiga minggu. Aku depress sangat-sangat,” luah seorang pengguna.

Apa yang ramai tak sedar, ada keluarga yang setiap bulan memang hidup cukup-cukup. Bila minyak habis cepat, mereka terpaksa ‘ikat perut’ untuk tambah duit petrol. Ada yang sanggup kurangkan makan luar, tangguh beli keperluan anak malah berjimat sampai tahap takut tengok baki akaun sendiri.

Topik Berkaitan Harga Diesel Kekal, RON97 & RON95 Naik. Ini Update Terkini Minyak Minggu Ini

Bagi rakyat marhaen, isu ini bukan soal politik semata-mata. Mereka cuma mahu hidup sedikit lega tanpa perlu rasa takut setiap kali tengok meter minyak turun.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan memaklumkan kemungkinan pengurangan kuota subsidi itu dibuat bagi menjamin bekalan bahan api negara susulan krisis bekalan global akibat konflik geopolitik Asia Barat.

Namun di mata rakyat biasa, ramai berharap suara dan kesusahan mereka benar-benar didengar sebelum sebarang keputusan dibuat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BUDIbudi95Ron95
Share72Tweet45SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

by Phic ARMAN
August 25, 2026

Hasrat nak bersantai sambil menikmati suasana hijau di Taman Tasik Danau Kota bertukar sedikit kurang selesa apabila seorang rakyat meluahkan...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Boikot Hospital Kerajaan, Pergi Swasta!”- Luahan Pesakit Dibalas Doktor Dengan Komen Sarkastik

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di threads. Katanya, menunggu boleh sampai berjam-jam,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Panik Anak Telan Belon Gam, Tindakan Sang Ibu Buat Ramai Sedar Kewujudan Pusat Racun Negara

by Nurul A.
August 19, 2026

Seorang ibu terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja menelan belon gam, yang pernah popular suatu ketika...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Foto - @prvtdammy (Threads)
Sosial Buzz

Tikus Berlari Dalam MRT Buat Penumpang Panik, Rapid KL Tampil Beri Penjelasan

by Nurul A.
August 14, 2026

Suasana pagi bagi beberapa penumpang tren MRT nampaknya tidak menjadi indah apabila dikejutkan dengan kemunculan seekor tikus mencari jalan keluar....

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara