King Coco Atau Nama Sebenarnya Mashaira Ismail menjadi terkenal dengan video viralnya dan sehingga kini banyak video parody menjadi tontonan. Populariti Coco menyebabkan dia banyak dapat undangan untuk menjadi tetamu program TV.

king-coco2

Coco yang baru sahaja melangsungkan pernikahan bersama suaminya Capt Azrin atau Azrin Anaz Abdul Shuk kini sibuk menjalankan perniagaannya. Perkembangan terbaru, beliau kini sibuk dalam persediaan melancarkan produknya sendiri nanti.

IKLAN

Ditanya mengenai video beliau yang banyak dijadikan parody, Coco tidak ambil peduli dengan itu semua malah rasa terhibur.

” Saya tidak peduli dengan apa yang mereka kecamkan. Saya sendiri rasa membakar-bakar untuk buat video lagi pada akan datang,” katanya semasa Anugerah Era Digital Muzik di Matic baru-baru ini.

Coco juga memberi tips atau pesanan kepada selebriti tanahair yang juga sering menerima komen-komen negatif supaya hadapi dengan tenang.

coco” Pada rakan-rakan artis yang mempunyai situasi yang sama seperti saya lalui, jangan rasa tertekan, hadapinya dengan tenang. Kalau kita selalu dengar orang cakap di belakang, kenapa kita harus berada di belakang juga,” tambah beliau.

Dengan perwatakan yang menarik dan petah berkata-kata, Coco kelihatan mesra bersama peminatnya untuk bergambar. Semoga Coco terus menempa kejayaan dalam dunia perniagaan jika dia terus tabah dan sabar terhadap komen-komen pedas dari netizen.

https://www.youtube.com/watch?v=LOj6NA6Lows