Seorang lelaki telah ditangkap kerana dilaporkan membuang bahan letupan di dalam tren MTR yang penuh sesak semasa waktu puncak di stesen Tsui Tsim di Hong Kong, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang cedera.

Kebakaran berlaku pada masa sekitar 7 malam waktu tempatan ketika tren dalam perjalanan dari Admiralty ke Tsim Sha Tsui. Kejadian ini memaksa pihak berkuasa untuk menutup stesen dan memindahkan penumpang.

IKLAN

Suspek didakwa melemparkan bahan letupan yang dinyalakan dan mendakwa dia mempunyai masalah keluarga sehingga bertindak kejam sebegini.

Menurut laporan dari polis di Hong Kong, siasatan awal menunjukkan kejadian itu tidak ada kena mengena dengan keganasan. Seorang lelaki dan wanita berada dalam keadaan kritikal, manakala dua lelaki dan tiga wanita berada dalam keadaan serius.

Video dan gambar tersebar di media sosial ini menunjukkan api dan asap di dalam tren dan bomba membantu orang keluar dari stesen dengan seorang lelaki terbakar seluruh badan. Detik-detik cemas ini menyebab seluruh stesen dalam keadaan huru-hara dan panik.

Sumber