Tiga tahun yang lalu, Brian Sullivan dan isterinya Starla tinggal di apartmen yang disewa dengan harga RM6,000 sebulan termasuk utiliti. Kemudian mereka merasakan kos sebegini terlalu tinggi untuk ditanggung, jadi mereka telah membeli sebuah bas sekolah lama dan mengubahnya menjadi sebuah rumah yang selesa untuk keluarganya.

Bermula pada Mac 2014, Brian yang berusia 29 tahun dan isterinya Starla, 26, dari Renton, Washington, tidak larat untuk membazirkan duit begitu banyak wang untuk membayar sewa. Pangsapuri yang dia diami sebelum ini mengambil masa lebih satu jam perjalanan dari tempat kerja Brian dan beliau terpaksa bekerja kerja lebih masa untuk membayar sewa rumah.

Mereka sememangnya mahu memiliki rumah sendiri dan akhirnya telah membeli sebuah bas sekolah yang terbiar dengan harga RM12,000, dan menghabiskan RM120,000 bagi melengkapkan perabot isi rumah serta kos renovasi.

Namun mereka tidak pernah mengimpikan sebuah rumah konvensional. Mereka merancang untuk tinggal di rumah bas yang selesa. DIa sedang mendokumentasikan kehidupan mereka di rumah bas di saluran YouTube mereka sendiri, dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran bahawa hidup dalam ruang yang kecil serta tidak konvensional sebenarnya tidak menjadi sesuatu yang pelik.

IKLAN

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry