Nama Raja Ilya tidak menjadi sebutan ramai peminat Marvel di Amerika namun dia dikenali sebagai pelakon terkenal dan berbakat di Malaysia. Walaubagaimanapun, semasa menghadiri promosi filem terbaru beliau, Luqman, Ilya memberitahu bahawa kerjayanya sekarang yang kini sudah menyertai MCU (Marvel Cinematic Universe)

Menurut Raja Ilya, dia sudah pun bersetuju untuk menerima watak di dalam sebuah filem Marvel itu yang bakal memulakan proses penggambaran pada hujung tahun ini.

IKLAN

“Saya sudah confirm akan menjalani penggambaran untuk salah sebuah filem Marvel pada hujung tahun ini, tapi judulnya masih belum ditentukan lagi oleh itu saya tidak dapat nak dedahkan butiran lanjut mengenai filem ini,” kata Ilya kepada portal Cinema Online.

Foto Kredit: Cinema Online

Menurut Ilya, peranan dalam filem tersebut tidak diketahui lagi dan dia juga akan mengikuti latihan mempertahankan diri selama lapan bulan di tanah seberang (Indonesia). Proses latihan tersebut akan diajar oleh seorang pelakon terkenal Indonesia yang juga merupakan koreografer seni mempertahankan diri iaitu Yayan Ruhian. Ilya menambah, penggambaran dijangka bermula pada awal tahun 2018. Jika dia bekerjasama dengan Marvel Studios, maka kita harapkan filem tersebut akan ditayangkan pada 2019.

Sumber & Gambar (hazariphotography)