Kini Nokia 3310 nakal membuat kemunculan dengan mengembalikan nostalgia bentuk yang lebih moden. Seperti sebelumnya, ia masih akan dipanggil Nokia 3310, tetapi kali ini 3310 didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori microSD.

Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang baharu dan moden, mudah dan masih mengekalkan sistem keypad yang sama.

Menurut laporan, bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mood standby dan 22 jam untuk masa berbual.

IKLAN

Ia juga bakal mengeluarkan koleksi yang lebih berwarna-warni kali, dengan warna ‘glossy’ kuning dan merah, dan ‘matte’ kelabu dan model biru gelap. Lebih menarik permainan ular juga dikekalkan tapi lebih moden dan menarik.

Secara ringkasnya, Nokia 3310 adalah telefon backup sempurna buat mereka yang mahu mencari telefon kedua.

Berkenaan harga pula, telefon terbabit dijual pada harga $52 (RM230).

Sumber