Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tahun ‘Ayam’ Ramai Artis Pukul & Tampar, Ini Prediksi Tahun ‘Anjing’

by Phic ARMAN
January 14, 2018
Share on Facebook

Tahun Baru China merupakan salah satu hari perayaan tradisional China, dirayakan pada hari pertama bulan pertama kalendar China.

Nampaknya tahun 2018 adalah tahun Anjing Bumi, yang bermula dari tanggal 16 Februari 2018 dan berlangsung sampai dengan tanggal 4 Februari 2019.

Elemen Bumi (Yang) menjadi unsur dominan di tahun ini yang menunjukkan pentingnya nilai keadilan dan kesaksamaan.

Penutup Bagi Tahun Ayam Ramai Artis Buat Kecoh

Dipetik dari AstroAwani, menurut Pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo, tahun ini menyaksikan penutup bagi tahun ayam diramalkan lebih mencabar. Beliau berkata dua elemen yang bercanggah iaitu logam dan api beri impak yang kuat.

“Apabila unsur logam terlalu kuat, ia akan menyebabkan dari segi emosi lebih ramai orang yang bersikap agresif, senang marah atau menimbulkan kekecohan. Jadi banyak perkara akan berlaku dari segi pertengkaran dan pergaduhan,” katanya.

Ramalan ini telah dibuktikan dalam dunia hiburan yang menyaksikan pada tahun ini ramai juga kes pergaduhan di kalangan selebriti sehingga ada pasangan suami isteri terpaksa memutuskan perceraian. Antara kes pergaduhan melibatkan selebriti pada tahun lepas ialah

  1. Sampai Tendang Troli! Norshila Amin Bergaduh Dengan Lana Nordin
  2. Kerana Gegar Vaganza Nabil Dan Chef Wan Bergaduh Di Instagram
  3. Maria Farida Bergaduh Dengan Bekas Madu
  4. Nora Danish & Fasha Sandha bergaduh kerana Fasha “dihalau” daripada sebuah majlis fesyen.
  5. Kes Afifah Nasir, bersama dengan Aliff Aziz di Pusat Karaoke juga telah menggemparkan dunia hiburan.
  6. Penyanyi baru Syafiq Farhain dan bapanya Saleem.
  7. Kerana sindiran Zizan Razak mengatakan gelaran Datuk boleh dibeli, Dato Hans Isaac buka mulut.

Artikel ini pernah dikupas oleh murai.my di dalam artikel berikut.
Perang Artis! 7 Kontroversi Ini Bikin Gempar Sepanjang Tahun 2017

Datuk Farid Kamil Bertindak Agresif Menampar Anggota Polis

Menurut Kenny juga, tahun Ayam juga menyaksikan ramai orang lebih emosi dan menimbulkan kekecohan. Hal ini seolah-olah memberi gambaran kepada kes yang berlaku pada Datuk Farid Kamil yang ditahan polis kerana tuduhan di bawah pengaruh dadah sehingga menampar anggota polis.

Selain itu, ramalan ini juga terjadi pada Aliff Aziz yang mencederakan isterinya Bella Astillah kerana angkara orang ketiga.

Perubahan Gaya Hidup

Mengikut kepercayaan orang Cina, tahun Anjing Bumi pada tahun ini akan membawa kejayaan bagi mereka yang memiliki sikap pemurah, integriti dan kejujuran yang tinggi.

Tahun ini juga adalah saat yang tepat untuk perubahan gaya hidup (waktu untuk berhenti merokok atau berpindah tempat tinggal) dan untuk memulakan perniagaan baru.

Bercakap mengenai perubahan gaya hidup, beberapa selebriti ini bakal mengamai perubahan gaya hidup yang besar selepas ini. Antaranya;

  1. Datuk Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata selepas 12 Tahun bernikah
  2. Dijangkan pada bulan Mac, bakal menimang cahaya mata sulung bersama suaminya Nedim Nazri
  3. Elfira Loi, Sufian Suhaimi, Yuna Zarai, Betty Rahmad, Shila Amzah, Uqasha Senrose memilih menamatkan zaman bujang pada tahun 2018.
  4. Lebih 6 tahun berkhidmat, Awal Alshaari bakal menumpukan perhatian pada perniagaanya selepas mengundur diri dari menjadi Hos Melodi tahun lepas.
  5. Fasha Sandha menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri.
  6. Siti Elizad bakal mengorak langkah menjadi pengarah selepas beberapa tahun menjadi pelakon.
  7. Selepas putus tunang, Datuk Hans Isaac bakal berhijrah ke London untuk menghadiri kursus teater pendek. murai.my difahamkan buat masa ini hatinya sudah tertutup untuk mencari isteri.

Artis Yang Lahir Pada Tahun Anjing 2018

Berbalik pada ramalan kalendar cina, tahun ini adalah Anjing Bumi termasuk yang dilahirkan pada 1910, 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018 dan 2030.

Individu yang dilahirkan di Tahun Anjing Bumi (1958, 2018) dikatakan sebagai sangat baik dalam komunikasi, serius dan bertanggungjawab dalam kerja.

Bagi yang belum tahu, terdapat lima jenis anjing yang berasaskan teori unsur Cina. Tahun baru yang akan datang akan menjadi Anjing Bumi; yang lain adalah Kayu, Api, Emas (Logam) dan Air.

Anjing (Elemen Bumi) | Individu yang dilahirkan di Tahun Anjing Bumi (1958 dan 2018) dikatakan sebagai bijak berkomunikasi, serius dan bertanggungjawab dalam kerja, seperti yang dipetik menerusi China Highlights. Penyanyi veteran Madonna dan Michael Jackson adalah contoh yang popular.

Anjing (Elemen Kayu) | Anjing (Unsur Kayu) yang dilahirkan pada tahun 1934 dan 1994, adalah ikhlas, dipercayai, bertimbang rasa, memahami dan sabar.

Anjing (Elemen Emas) | Anjing Emas yang dilahirkan pada tahun 1910 dan 1970, adalah konservatif, tetap, berhati-hati dan berminat untuk membantu orang lain.

Adibah Noor dilahirkan pada 3 September 1970

Anjing (Elemen Air) | Akhir sekali, Anjing (Elemen Air) yang dilahirkan pada tahun 1922 dan 1982, berani, berpaksi pada diri sendiri dan baik dalam menangani masalah kewangan.

Secara umum tahun Anjing simbolik kepada kesetiaan, gagah, pandai, bertanggungjawab dan berani. Kelemahan yang diketahui termasuk menjadi emosi dan degil.

Siapakah Artis Yang Lahir Tahun Anjing?

Shaheizy Sam dilahirkan pada 4 September 1982
Nora Danish (7 Mac 1982)
Fouziah Gous (11 Disember 1982)
Aqasha (6 Oktober 1982)
Natasha Hudson (9 September 1982)
Irma Hasmie (8 Januari 1982)
Intan Ladiyana (2 Jun 1982)

Walaupun Tahun Baharu Cina akan datang adalah mengenai mereka, tahun Anjing mengharapkan satu gelombang yang mencabar, menurut ramalan dari Travel China Guide.

Salah ramalan pada tahun berkaitrapat dengan kestabilan kewangan. Dikatakan bahawa pelaburan akan gagal mungkin membawa kepada ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu, status kewangan mereka mungkin turun dari tahun lepas.

Tahun Anjing juga boleh mengharapkan perubahan dalam kerjaya mereka. Tekanan yang  tinggi boleh menyebabkan menyebabkan terjejasnya kesihatan.

Terdapat banyak tafsiran dan ramalan sekitar Tahun Anjing di internet, tetapi yang penting bukan kita yang menentukan masa depan kita melainkan Tuhan, hanya berusahan dan bertawakal dengan apa sahaja yang kita lakukan pada masa ini.

Lagi satu, kepercayaan cina bukanlah amalan umat Islam, ia hanya sekadar ramalan oleh kaum Cina.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: adibah noorafifah nasiralifff azizanjing bumichef wanfarid kamilfasha sandhafathia latifffouziah gousintan ladyanairma hasmiekalendar cinalana nordinmaria faridanabil ahmadNatasha Hudsonnora danishramalan tahun anjingshaheizy samsheila aminsyatilla melvin
Share2Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan