Pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 37, ditebual oleh Janna Nick dan Ajak Shiro melalui perbualan Facetime di dalam racangan Melodi sebentar tadi. murai.my pasti semua peminat-peminat Awal tahu bahawa Awal sekeluarga sedang berada di Jepun.
Isteri Awal iaitu Scha Alyahya, 35, ada memberi kenyataan bahawa mereka berdua sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua melalui perbualan Facetime tersebut. Scha juga menyuarakan bahawa beliau tidak penat bercuti ke kota London dan Jepun dan pada masa yang sama mereka sedang berbulan madu.
Mungkin tiba masanya untuk Lara Alana, 4, dapat adik lelaki pula. murai.my mendoakan Awal serta Scha dapat menimang anak secepat yang mungkin. Dapat lah Lara kawan baru, amin!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.