Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Ifa Raziah Buat Laporan Polis, Nafi Mahu Bunuh Roslan Shah

by Khai Azfar
January 17, 2018
Share on Facebook

Belum pun sebulan di tahun baru, pelbagai kontroversi besar melibatkan selebriti tanah air telah tercetus. Isu pergaduhan di antara Ifa Raziah dan Roslan Shah kembali menjadi topik hangat apabila semalam, Ifa Raziah telah membuat satu laporan polis mengenai pengacara dari Singapura itu.

Ifa Dituduh Upah Pembunuh

Jika sebelum ini Roslan telah memohon maaf dan mahu menamatkan segalanya, semalam perang besar tercetus kembali apabila Ifa mendakwa Roslan telah menuduhnya mengupah pembunuh upahan untuk menembak pengacara itu setelah dimaklumkan oleh seorang pengawai polis dari Johor. Enggan biarkan dirinya menjadi mangsa, Ifa turut membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Bakal Ambil Tindakan

Ifa menerusi wawancaranya juga turut berasa kesal kerana selepas peristiwa itu, dia mahu menamatkan segalanya dan menunggu kedatangan pengacara itu untuk memohon maaf.

Namun segalanya meleset apabila Roslan seperti mengeruhkan lagi keadaan mereka. Peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

Pihak mereka kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan bakal mengambil tindakan untuk membersihkan nama Ifa.

” Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila dia menuduh saya penjenayah. Dalam laporan dia, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah! Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini? Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya “

Sumber : Astro Gempak 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tekanan Darah Cecah 170, Suami Dedah Punca Ifa Raziah Tiba-Tiba Jatuh Pengsan
ifa raziahifa raziah roslan shahroslan shah
https://lomp.at/vozl5
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem