Dua tahun lalu, penyampa berita veteran ntv7, Ras Adiba Radzi meluahkan hasrat mahu “berdiri” walaupun selama beberapa minit. Tapi pada hari ini impiannya akhirnya menjadi kenyataan.

Dia diberi kerusi roda khas, yang membolehkannya berdiri untuk menyampaikan berita.

Ras Adiba, 49, baru-baru ini menerusi Instagram telah berkongsi dengan pengikutnya bahawa ini satu impian yang akhirnya direalisasi sejak 5 tahun dahulu.

“Selepas tidak dapat berjalan lagi, saya merasakan keinginan untuk berdiri walaupun untuk masa yang singkat. Pada awal tahun 2016, hadiah ajaib ini akhirnya datang, terima kasih, Tuhan!”

Ras Adiba lumpuh selepas dia kemalangan kereta pada tahun 1995 di mana dia mengalami kecederaan belakang. Enam tahun kemudian, dia telah diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya dan setahun kemudian, dia jatuh di rumah dan berakhir dengan kerusi roda.

IKLAN

Sejak itu dia telah menjalani fisioterapi, dan mengambil bahagian dalam acara menembak termasuk Sukan Para Asean 2015 di Singapura.

Sumber NST Online