Sejak beberapa hari yang lalu, rata-rata peminat hangat memperkatakan mengenai hiasan pelamin pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bersama Adam Sinclair yang kelihatan begitu cantik.

Diadakan Di Kawasan Pergunungan

Ramai yang tidak tahu, disebalik majlis pernikahan Yuna yang diadakan di Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat lalu ada kisah disebaliknya. Bermula dengan hujan serta majlis terpaksa dimulakan agak sedikit lewat namun segalanya berbaloi kerana kabus mula menyelubungi kawasan itu sekaligus menaikkan lagi seri pelamin yang berlatarbelakangkan pergunungan.

Harga Sebenar Pelamin

Melihatkan keindahan pelamin tersebut, ramai peminat yang ingin melangsungkan perkahwinan mula bertanyakan harga dan konsep perkahwinan itu. Malah cukup melampau kerana ada yang meminta untuk merealisasikan konsep unik sebegitu dengan hanya bajet anggaran RM200 sahaja.

Pengarah kreatif The Calla, Firdaus Othman yang menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair pada Jumaat lalu tampil menjelaskan anggaran harga pelamin itu yang menelan belanja kira-kira RM70,000.

IKLAN

Manakan tidak, lihat sahaja hiasan bunga segar serta berda di kawasan pergunungan tentu sahaja akan mengambil masa dan usaha keras.

“Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000. Ia merupakan pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan,”

Buat anda yang ingin membuat konsep seperti pelamin tersebut dari mereka, mungkin boleh lupakan hasrat tersebut kerana menurutnya syarikat mereka tidak akan membuat lagi konsep sebegitu kerana ianya eksklusif untuk Yuna dan Adam Sinclair sahaja.

Sumber Mstar Online