Sebelum ini ramai yang terkejut melihatkan penampilan pelakon Datin Diana Danielle yang berambut pendek menggayakan gaya boy cut pada beberapa kemunculannya sebelum ini.

Bukan Kerana Suami

Rata-rata peminat membuat andaian Diana Danielle atau lebih mesra disapa sebagai DD berambut pendek kerana suaminya, Datuk Farid Kamil telah dibebaskan atas kesalahannya sebelum ini yang menyebabkannya ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Namun ternyata telahan tersebut tidak benar kerana menerusi laman Instagram rasmi sebuah rancangan drama popular suatu ketika dahulu, Gol & Gincu telah mengumumkan bahawa DD berambut pendek kerana bakal membintangi drama itu bagi musim kedua.

Menampilkan Pelakon Popular

Jika dahulu drama siri yang ditayangkan pada tahun 2006 ini menjadi fenomena telah menampilkan Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair sebagai pelakon utama mereka, Gol & Gincu Vol 2 ini juga dijangka sekali lagi menjadi fenomena apabila turut membariskan ramai pelakon popular.

Selain DD, antara pelakon utama yang telah diumumkan adalah Ummi Nazeera.

IKLAN

Khabarnya Nadiya Nisaa, Ziana Zain, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle juga antara nama yang telah disahkan membintangi drama ini.

https://www.instagram.com/p/BeczWLOnu4W/?tagged=golgincu2

Bagaimana pula dengan Fazura dan pelakon asal sebelum ini? Pasti ramai yang teruja bukan? Sama-sama kita nantikan!