Anda masih ingat ketika Justin Bieber dan Selena Gomez bercumbu di stadium hoki pada november yang lepas? ‘Jelena’ kelihatan mengulangi lagi, tanpa adegan bercumbu tetapi ini adalah petanda baik untuk mereka berdua.

Pada hari Rabu lepas, Selena muncul di Los Angeles Valley Ice Center di Ventura untuk memberi sokongan kepada Justin. Selena kelihatan sungguh tenang pada hari tersebut dan memberi fokus yang sepenuhnya terhadap permainan Justin di gelanggang hoki tersebut.

Kedua-dua mereka meninggalkan gelanggang secara berasingan tetapi seperti gambar di bawah, mereka menggunakan pintu yang sama. murai.my mendoakan pasangan ini dapat mengikatkan hubungan mereka secepat yang mungkin, tidak ada spekulasi yang negatif terhadap mereka berdua lagi. Betul tak?

IKLAN