Entah di mana silapnya buat penyanyi, Elyana. Jika dahulu beliau pernah berkongsi cerita dimana pernah dimaki serta dituduh sengaja mencari publisiti murahan, kali ini nasib yang sama turut terkena pada beliau.

Lagi Melampau!

Menerusi perkongsian terbaru penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini, terdapat satu komen yang agak melampau dengan memaki penyanyi ini.

Malah netizen tersebut turut menganggap Elyana sengaja menagih simpati daripada penyakit kanser yang dihidapinya.

Bagi kami yang membaca komen tersebut turut memperakui ianya berbaur kutukan yang agak sensitif dan sudah pasti menjatuhkan air muka penyanyi ini.

Elyana Sukar Maafkan

Tambah Elyana, dalam banyak-banyak komem yang diterima nya, kali ini komen tersebut benar-benar melukakan hatinya.

IKLAN

Malah Elyana turut mempersoalkan apakah kesalahannya sehingga menerima komen tersebut dan sukar untuk memaafkan individu tersebut yang cuba memalukannya.

Bertabahlah Elyana! Kami pasti mungkin netizen itu yang sengaja cari perhatian memandangkan zaman kini hanya dengan kecaman boleh ‘menaikkan nama’ seseorang.