Setelah berada dalam industri muzik selama 15 tahun, Justin Bieber yang pada asalnya menjadi idola remaja-remaja dan telah menjadi bintang selebriti kesukaan ramai. Pelbagai pencalonan dan anugerah telah diperoleh oleh Bieber.

Bieber ditemui oleh Usher melalui Star Search pada usia 13 tahun. Setahun sebelum itu Bieber memuat naik video nyanyiannya di Youtube. “Bieber memang mempunyai bakat ajaib,” kata Usher kepada Good Morning America. “Ada sesuatu yang menarik minat saya untuk bekerja dengannya, dan apabila saya mendengarnya menyanyi, saya tahu dia akan menjadi bintang,” tambah Usher.

Selain pencapaian di bidang muzik, dia juga sering menjadi ikutan kerana penampilannya. Bieber yang biasa dikenali sebagai budak lelaki berusia 15 tahun kini telah menjadi lelaki dewasa yang lebih matang. Ingin tahu tentang perubahan Bieber? murai.my akan menunjukkan perubahan revolusi Bieber dari pembabitan awal beliau sehingga kini.

1. 2009

Ini gaya Bieber yang meletupkan namanya pada usia 15 tahun. Pada tahun 2009, penyanyi ini mencairkan hati banyak remaja-remaja di seluruh dunia.

Wajah Bieber yang nerd sedikit sebabnyak membuatkan kejayaan untuk kerjaya beliau. Album My World Justin mendapat jualan yang tidak terjangka di pasaran, termasuk One Less Lonely Girl. Pembuatan album ini dibantu oleh mentor Usher. Pengkritik muzik  menganggap Bieber sebagai klon mini Chris Brown atau Ne-Yo.

2. 2010

Bieber mempunyai gaya rambut baru pada tahun 2010 dan gaya barunya membuatkan ramai peminat Bieber cair dan terus menggila. Bieber memilih gaya ini supaya nampak lebih matang. Pada tahun ini Bieber mengungguli carta Billboard Top 100 untuk lagu Love Me dan Favorite Girl. 

IKLAN

Pada tahun yang sama Bieber membuat My World Tour dan menyebarkan Bieber-Fever ke seluruh pelusuk dunia. Ada pembaca murai.my yang terjangkit sekali?

3. 2011

Bieber lebih berani untuk meneroka serta mencuba pelbagai pilihan penampilan baru. Dalam gambar di atas Bieber mencuba gaya Old Hollywood dengan sut tali pinggang.

4. 2012

Justin kelihatan lebih dewasa dan menjadi lebih matang, tidak lagi kelihatan comel. Walau bagaimanapun, Justin masih dapat menawan hati ramai peminat-peminat beliau. Kali ini, Justin bereksperimen dengan gaya rambut pompadour. Tidak semua orang sesuai dengan gaya rambut ini, tetapi kelihatan wajah tampan Bieber akan tetap menawan dengan gaya rambut apa pun. Nampaknya Bieber sangat selesa dengan gaya ini dan Bieber mengekalkan gaya rambut ini untuk beberapa tahun.

5. 2016

Pengembaraan Justin dalam mencari gaya paling hebat bermula tahun ini. Pelbagai gaya dan kelihatan dia mencuba, berambut perang platinum, gaya cornrows, man bun, dan mula menambah koleksi tatunya. Tahun ini ialah apabila Bieber menerima empat pencalonan grammy dan memenangi Grammy pertamanya untuk lagu Where Are You Now bekerjasama dengan Skrillex dan Diplo.

Satu lagi pencapaian adalah apabila dia mengeluarkan lagu Cold Water dan membuat lawatan konsert yang meletup dan mendapat sambutan yang tidak dijangka. Cold Water juga menembusi Billboard 100 dan carta iTunes. Gaya rambut dreadlocks-nya yang menjadi kontroversi kerana ia dianggap mengganggu kaum tertentu. Bieber menerima banyak kritikan untuk pemilihan gayanya kali ini, dia menjelaskan, “Orang kata saya mahu menjadi hitam dan sebagainya, dan terus terang, ini hanya rambut saya.”

6. 2017

Pada tahun 2017 Justin mengeluarkan album Purpose yang mudah menjadi lagu teratas di mana-mana carta dunia. Kematangan vokal dan penampilan Justin menjadikan album itu sebagai bestseller di seluruh dunia dan Bieber membuat Tour Purpose Justin ke 150 bandar di seluruh dunia. Bukan sahaja kerjaya yang berjaya, Bieber juga dikhabarkan menjalin hubungan dengan Selena Gomez.

IKLAN

Gaya Justin pada tahun 2017 tidak terlalu banyak perubahan tetapi kadang-kadang kelihatan Bieber mengubah gaya rambut dan stail pemakaian.

7. 2018

New Year, New Me! Mungkin frasa ini dipegang oleh Justin. Pada pertengahan tahun lalu, Bieber mengubah penampilan beliau. Gaya skater beliau pada tahun 2017 telah dilupakan dan rambut diwarnakan dengan lebih terang untuk seperti seorang surfer (peluncur air).

Pada tahun ini hubungan beliau bersama Selena Gomez lebih terbuka. Jelena tidak lagi teragak-agak untuk berkongsi kasih sayang di khalayak ramai. Dari kesemua revolusi Bieber, yang mana satu pilihan anda? Jom berkongsi dengan murai.my

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry