Semlam, malam yang ditunggu – tunggu telah pun tiba dimana pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Mandarin Oriental serta dihadiri ahlli keluarga serta rakan – rakan artis.

Seperti Kisah Dongeng!

Hiasan majlis resepsi mereka begitu indah sekali. Bertemakan ‘fairy tale avant-garde’, setiap inci hiasan dan tatarias begitu menonjol dengan tema yang diterapkan.

Malah jika anda mengikuti perkembangan FattZura ini kedua – duanya salin bertemu dan bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang dan tidak lama kemudian hangat bercinta sehingga ke jinjang pelamin.

Pasangan Yang Secocok!

Melihatkan pada FattZura, kedua- duanya begitu serasi bak pinang dibelah dua. Malah pada malam resepsi itu pasangan ini kelihatan berseri. Ditambah pula dengan rekaan pelamin berbentuk istana yang melengkapi temanya, ramai yang memuji malam resepsi yang begitu indah ini.

IKLAN

Tahniah diucapkan buat Fattah dan Fazura. murai.my mendoakan yang terbaik untuk Fattzura dan sudah pasti ramai yang menanti pula FattZura junior, bukan?

Gambar : Beautiful Nara