Studio milik Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama, di Jawa Barat, ditembak oleh suspek misteri. Kes tembakan terjadi pada Sabtu lepas (3/3/2018). Namun tidak ada mangsa terkorban atau cedera dilaporkan.

Anak perempuan Rhoma Irama, Debby Veramasari Irama mengatakan ketika tembakan berlaku, Rhoma Irama tidak berada di tempat kejadian. Salah satu bahagian pada sisi studio Rhoma itu mengalami kerosakan.

Sehingga kini, pihak polis masih terus mencari informasi mengenai kejadian tembakan studio milik Rhoma. Dalam di sebalik kes tembakan studio masih menjadi misteri kerana  tidak dapat dirakan di CCTV.

Studio rakaman milik raja dangdut H.Rhoma Irama, Soneta Reccord di Jalan Tole Iskandar No.41, Sukmajaya, Kota Depok, ditembak senjata api oleh orang tak dikenali.

Dari pengakuan seorang penjaga pintu yang tidak mahu namanya didedahkan menjumpai peluru senjata api di lantai sekitar pintu masuk.

Sumber Liputan6

IKLAN