Untung betul empunya diri Datin Paduka Eina Azman kerana hidupnya dan keluarga kini serba senang dan dalam kemewahan. Ada sahaja perkara yang ingin dikongsikannya pada peminat dan netizen diluar sana.

IKLAN

Dapat Kereta Mewah Pula

Ramai yang tertanya-tanya apakah hadiah yang bakal diterima Eina pada hari lahirnya tahun ini. Jika dahulu beliau menerima sebuah telefon bimbit mewah jenama Vertu berharga RM34 ribu tahun ini ternyata dua kali ganda daripada telefon bimbit tersebut.

Manakan tidak, suaminya yang tercinta Datuk Paduka Kaiser telah menghadiahkan pelakon ini sebuah kereta mewah yang berharga hampir RM300 ribu!

Kejutan Hari Lahir

Menerusi Instagramnya majlis sambutan hari lahir Eina turut dihadiri beberapa orang rakan artis.

Pada kemuncaknya pula terlihat suami beliau membuat kejutan dengan membawa masuk kereta mewah tersebut dan ternyata Eina begitu terkejut dengan hadiah yang diterimanya.

“Syukur Alhamdullilah…. Thanks sayang @datopadukakaiser for the magnificent birthday party. I am so happy. No words are amazing enuf to describe how fantastic u make me feel last night?.Tq so much sayang for being a very good hubby n daddy to @aubreykarlLove You So Much Husband “

Kami percaya ramai yang berasa cemburu dengan Eina bukan? Malah ramai juga yang teruja melihat aksi Eina yang terkejut menerima hadiah ini.

IKLAN

Apa pun Selamat Hari Lahir yang ke 23 tahun buat Datin Paduka Eina Azman!