Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Terbongkar! Pengurus Sufian Suhaimi Dedah Ibu Elfira Punca Segalanya

by Khai Azfar
March 16, 2018
Share on Facebook

Setelah pihak Elfira Loy seperti ‘menyerang’ Sufian Suhaimi, terkini pengurus penyanyi itu mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi.

Ada benarnya, kerana sejak minggu yang lalu ibubapa Elfira kelihatan memerli Sufian di dalam media sosial sedangkan di pihak Sufian hanya berdiam diri tanpa mengungkit kembali isu putus tunang antara kedua-dua selebriti ini.

Sufian Lebih Daripada Mampu!

Suka untuk kami ingatkan kembali antara punca utama putusnya ikatan antara mereka adalah kerana ibu Elfira yang meminta Sufian menabung RM20 sehari selama setahun bagi persediaan perkahwinan serta turut perlu menghafal Surah Al-Mulk.

Menurut pengurus Sufian sendiri, Mahadhir Mohamad , pendapatan Sufian hanya bagi 2 persembahan sahaja boleh diselitkan ke dalam setiap muka surat kitab suci itu dan lebih dari mencukupi. Malah latar belakang keluarga Sufian daripada pendidik juga tidak menghalang penyanyi itu untuk mempelajari surah Al-Quran yang dikehendaki.

Ibu Elfira Punca Segalanya

Jika dahulu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Sufian sengaja tinggalkan bekas kekasihnya demi Elfira. Namun menurut Mahadhir Elfira yang terlalu menyukai Sufian sehingga sanggup menelefon setiap hari selain mengikut ke mana sahaja penyanyi itu pergi tanpa mengira waktu. Tambah Mahadhir lagi, pertunangan Sufian dan Elfira telah diputuskan oleh ibu Elfira sendiri walaupun Elfira masih menyayangi Sufian.

Menurut Mahadhir, ibu Elfira sengaja mengada-adakan cerita bagi menutup salah sendiri setelah netizen mempersoalkan tindakannya yang seperti mahu menjatuhkan imej Sufian.

Topik Berkaitan Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!-"Memang Rasa Bersalah Kalau.."

Bagi kami, penjelasan Mahadhir ini sedikit sebanyak mempertahankan Sufian daripada terus dipersalahkan. Bukan untuk menyebelahi pihak Sufian, namun apabila kedua ibubapa Elfira memuat naik status di media sosial seperti mengeruhkan keadaaan.

Sumber Facebook Mahadhir Mohamad

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
elfira loyibu elfira loypengurus sufian suhaimisufian suhaimi
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara