Setelah sekian lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai pelakon Datuk Boy Iman, hari ini tular pula sebuah kisah mengenainya. Jika dahulu, dia dikaitkan dengan isu penipuan melibatkan perumahan dan nilai ribuan ringgit, kali ini dia sekali didakwa menipu.

UM Nafi Boy Iman Didaftarkan

Menerusi Instagram nya sebelum ini, Boy Iman telah memuat naik sebuah kad matrik yang tertera gambarnya beserta status pelajar Doktor Falsafah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Menurutnya gambar itu dimuatnaik bagi membuktikan dia sememangnya pelajar jurusan tersebut dan menganggapnya sebagai hadiah hari lahir. Namun begitu, tidak lama kemudian Universiti terkemuka berkenaan telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi menafikan bahawan pelakon itu telah berdaftar sebagai pelajar mereka.

Padam Gambar Di Instagram

Hasil tinjauan kami di Instagram Boy pula mendapati dia sudah pun memadam gambar berkenaan. Dalam fikiran kami apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Boy? Rasanya ini bukanlah kali pertama dia melakukan perkara yang sedemikian.

Terdahulu majlis konvokesyen Boy yang mendapat Doktor Falsafah di Universiti luar negara juga telah menimbulkan kontroversi. Mungkin Boy ada penjelasannya tersendiri!

IKLAN