Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kena Santau? Aiman Tino Mengaku Suara Sering ‘Hilang’ Saat Menyanyi

by Khai Azfar
April 11, 2018
Share on Facebook

Bilakah kali terakhir anda melihat persembahan Aiman Tino di acara hiburan seperti Malam Anugerah mahupun penyanyi jemputan di sesebuah program rakaman?

Rasanya Aiman sudah lama tidak membuat persembahan di majlis seumpama itu walhal rakan-rakannya seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Khai Bahar pula yang sering diundang.

Aiman Tino Disantau?

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang berusia 19 tahun itu mengaku kini mengalami kesukaran untuk menyanyi dan mengawal suara, malah suaranya juga sering kali dikatakan hilang setiap kali mahu membuat persembahan.

Menurut sumber, baru-baru ini ketika membuat persembahan, suara Aiman juga kedengaran agak sedikit berubah daripada suaranya yang asal.

Sudah Hampir Setahun

Tambahnya juga, ‘kejadian pelik’ ini sudah berlarutan sejak dari bulan Jun tahun lalu. Cuba untuk berfikiran positif, Aiman sudah merujuk kepada kepada doktor pakar dan turut mengambil dua suntikan untuk memulihkan suaranya ketika menyertai peringkat separuh akhir Muzik Muzik tahun lalu.

“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku, cuma Aiman tak mahu beritahu orang. Saya dah tawakkal guna cara perubatan doktor namun tidak jadi apa-apa juga. Insyaallah selepas ini saya akan merujuk kepada ustaz yang akan bantu saya untuk rawatan tradisional. Saya cuma berfikir baik dan positif. Saya cuma tawakkal. Bila berada dalam industri ini, benda tak mustahil kalau ada orang nak buat. Cuma saya elak untuk berfikir siapa yang buat, saya cuma nak pulihkan diri saya”,

Menurut Aiman lagi, bukan suaranya sahaja terkesan malah badannya juga sering kali berasa sakit dan lemah. Jika dulu penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini mampu untuk menyanyikan beberapa buah lagu dalam satu persembahan, namun kini keadaan tersebut telah menyukarkannya.

Tidak mustahil di zaman serba moden ini, perkara seumpama itu boleh terjadi. Apatah lagi melihatkan Aiman kini mengecapi pelbagai kejayaan. Terdahulu, penyanyi Keena Mentor turut menerima nasib yang sama. murai.my mendoakan agar mereka kembali pulih seperti biasa hendakNya.

Sumber Suria

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiman tinoaiman tino kena santausantau
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara