Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Kerana Cium Mulut Suami, Shima Anuar Ditegur Peminat

by Khai Azfar
April 13, 2018
Share on Facebook

Pelakon Noor Hashimah binti Anuar atau lebih dikenali sebagai Shima Anuar kini dilihat seperti telah memperlahankan karier seninya kerana menumpukan perhatian pada keluarganya.

Apatah lagi Shima Anuar telah selamat bernikah dengan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.

Video Cium Mulut Suami Dikecam Netizen

Namun begitu semalam, pelakon ini telah memuat naik satu video ‘boomerang’ ciuman mulut pada suaminya bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama dan video tersebut telah dikecam peminat.

Shima turut ditegur kerana video tersebut dilihat seperti kurang sopan untuk didedahkan kepada umum dan turut menyentuh sensitiviti bekas isteri dan anak-anak.

View this post on Instagram

A post shared by Shima Anuar (@shimaanuar)

Shima Bidas Kenyataan

Menyedari akan teguran tersebut, Shima membidas kenyataan tersebut dengan menafikan dia bukanlah seorang perampas seperti yang didakwa. Malah hubungannya dengan bekas isteri suaminya dan anak-anak juga masih baik dan selalu berjumpa satu sama lain.

“Urm cara u cakap macam i ni macam i rampas suami orang pulak. Awak kata awak mengenali mereka? Then mesti you tau bekas isterinya dah mulakan hidup baru sebelum i kenal my husband lagi. Dan untuk makluman, i baik and tak ada masalah dengan kak Sya and the kids. Selalu je jumpa. Jadi, please please jangan cakap anything macam i ni perampas dan penyebab mereka bercerai. I’m so sorry kalau u tak suka tengok,”

Suami Shima, Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan memiliki dua cahaya mata. Bersabarlah Shima! Mungkin ada benarnya video seumpama itu tidak manis untuk dimuat naik untuk tontonan ramai kerana secara tidak langsung membuatkan peminat ‘berkata-kata’.

Gambar/video: Instagram @shimanuar

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shima anuarshima anuar cium mulut suami
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara