Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Jihan Muse Pernah Ada Memori Pahit Dengan Zaihani

by Khai Azfar
April 19, 2018
Share on Facebook

Minggu ini panas mengenai pengkritik fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain gara-gara kenyataannya di Facebook yang berbaur kutukan pada mereka yang tergolong dalam kategori gemuk. Dipercayai, kenyataan itu dikeluarkan Zaihani selepas menghadiri sebuah acara fesyen di ibu negara baru-baru ini.

Jihan Pernah Kena ‘Sound’

Semalam, murai.my telah mendedahkan pengakuan daripada seorang netizen yang mendakwa telah dibuang kerja gara-gara pereka fesyen itu. Namun tidak lama kemudian, pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse pula membuat pengakuan bahawa dia juga turut pernah ditegur sinis oleh Zaihani suatu ketika dahulu.

Tidak menyalahkan Zaihani, bagi Jihan perkara itu sudah lama berlalu dan dia turut mengharapkan agar kejadian ini dapat dijadikan sebagai satu pengajaran yang turut disokong oleh penyanyi Shila Amzah di Twitter.

Zaihani Jelaskan Perkara Sebenar

Dalam perkembangan lain menerusi laporan sebuah portal, Zaihani akhirnya membuat penjelasan mengapa status itu dimuatnaik.

“Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan. Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak. Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming! Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab”

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg. Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya menyebabkan saya rasa kurang selesa. Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral”

Apa boleh buat, status tersebut ternyata telah menaikkan amarah ramai pihak baik netizen mahupun selebriti. Mungkin kejadian ini dapat dijadikan sebagai pengajaran. Tutup buku lama dan buka buku baru!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jihan musezaihanizaihani 60kgzaihani m zainzaihani mohd zain
https://lomp.at/hgzrg
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara