Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Misteri Tahun 1990! Kemalangan Ngeri 4 Artis Popular Sekaligus

by Phic ARMAN
April 19, 2018
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai tragedi kemalangan melibatkan artis tempatan yang berlaku pada era-90an ini. Anehnya 3 kes kemalangan ini berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1990.

Antara nama artis yang muncul yang cukup memberi impak pada negara adalah Zaiton Sameon kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini.

Foto: Blog Harian

Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah ‘kemalangan popular‘ lain yang berlaku pada tahun yang sama.

Mungkin ini kebetulan namun ia cukup meninggalkan kesan parut buat artis-artis ini.

Man Kidal Lefthanded- 18 Jun 1990

Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan.

Kereta itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain yang terselamat adalah 3 ahli keluarga Man Kidal yang cedera ringan.

Komposer Azmeer & Ramlah Ram- 19 Jun 1990

Anehnya, keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 tanpa diduga komposer terkenal Azmeer dan penyanyi Ramlah Ram terlibat dengan kemalangan. Kereta yang dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.

Kemalangan itu mengakibatkan Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.

Ramai yang tak tahu, kemalangan tersebut kali kedua menimpa Azmeer kerana beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat.

Zaiton Sameon- 21 Februari 1990

Dua tragedi kemalangan ini tidak dapat ‘menandingi’ tragedi yang berlaku lebih awal pada yang menimpa Zaiton Sameon. Zaiton cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali.

Dr Azmeer dan Selebriti Pertahan Bidang Seni, Kecam Dakwaan 'Bodoh' oleh Pempengaruh

Kecederaan Zaiton menyebabkan dia lupa ingatan hingga kariernya yang memuncak pada masa itu menjadi kelam dalam sekelip mata. Lebih memilukan apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama.

Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu. Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Zaiton koma selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya.

Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup.

Tahun 1990 Penuh Misteri?

YouTube video

Nampaknya tahun 1990 telah menyaksikan peristiwa hitam dalam dunia hiburan. Kemalangan yang berlaku ini bukan biasa-biasa namun telah meragut nyawa orang yang tersayang.

Adakah ini dipanggil misteri? Sebenarnya inilah yang dinamakan sebagai ketentuan Illahi, siapalah kita untuk menyalahkan takdir!

Sumber Arkib Negara

azmeerkemalangan artis popularlethandedman kidal lefthandedramlah ramzaiton sameon
https://lomp.at/inqpl
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Rayqal Yang Ke-17-“Semoga Allah Bimbing Langkahmu..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon, Nora Danish menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini sudah memasuki usia...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore