• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Cium Anak : Dazrin Kamaruddin Perli Amar Baharin?

by Khai Azfar
April 20, 2018
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya tidak terlambat untuk kami di Hangat mengucapkan tahniah buat pelakon Dazrin Kamaruddin yang telah menyambut cahaya mata sulungnya baru-baru ini. Isteri Dazrin iaitu Nur Fazulin Razali selamat melahirkan bayi lelaki mereka bernama Dasuki pada 13 April lalu di Hospital Andorra Women & Children. Pasangan ini telah berkahwin pada 6 Mei tahun lalu di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Dazrin Perli Amar?

Terdahulu, pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli telah melarang anak mereka daripada disentuh ataupun dicium setelah Amar pernah meluahkan pandangan mengenai sikap segelintir pihak yang gemar menyentuh dan mencium bayi bukan milik mereka. Baru-baru ini tular dimana terdapat kes bayi ditimpa penyakit dan kerana itu Amar menegur perkara tersebut.

Berbanding Dazrin, dia tidak kisah jika bayinya dipegang atau dicium kerana menganggap ianya sebagai satu lumrah untuk seorang bayi menjadi tumpuan ramai.

“Saya tak kisah jika ada yang nak peluk, pegang atau cium anak saya. Sebab sememangnya lumrah manusia gerak hati melihat bayi rasa nak disayangi. Tapi janganlah sampai berlebih-lebihan. Saya rasa semua orang akan faham kalau kurang sihat memang tidak elok pegang atau dekat dengan bayi,”

Dazrin Beri Nasihat

Tambah Dazrin, jika mana-mana ibu-bapa yang tidak mahu anaknya disentuh atapun dicium hendaklah ditegur secara berhemah kelak takut timbul isu yang sebaliknya pula.

“Kalau tak nak bagi orang sentuh atau dicium anak kita, kena tegur baik-baik. Tak semestinya ditangani dengan kemarahan. Takut nanti datang kebencian pula”

Adakah Dazrin memerli Amar dan Amira? Kami pasti mungkin Dazrin cuba menjelaskan kembali mengenai isu cium anak ini bukan? Dazrin pernah bertunang dengan Amira, namun ianya terputus ditengah jalan pada pertengahan 2015.

Sumber  Mstar Online

amar baharinamira roslianak selebritidazrin kamaruddin
https://lomp.at/614u3
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore