Pada Isnin yang lalu kami baru sahaja menulis artikel mengenai Fathia Latiff, namun hari ini timbul lagi kontroversi mengenai pelakon sensasi. Terdahulu, Fathia dikecam ramai kerana kelantangan bersuara di media sosial termasuk mengenai isu politik.
SKMM Minta Fathia Tampil Bantu Siasatan
Menerusi muat naik sebuah laporan di Instagram miliknya tertera bahawa pelakon ini diminta tampil memberi keterangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Fathia Mahu Netizen Tahu
Bukan digodam namun sebaliknya Fathia sendiri mendedahkan perkara itu di media sosial sebelum memadamnya tidak lama kemudian. Sejak kes ‘Bigo’ yang lalu, Fathia sering kali mencetuskan kontroversi melalui posting yang dimuat naiknya di laman sosial yang menjadi perhatian netizen.
“Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini,”
Komen kami, harap Fathia belajar daripada apa yang terjadi. Sejak kebelakangan ini kebanyakan kontroversi semuanya berpunca dari media sosial.
Gambar MStar Online
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.