Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Audien Panik Konsert Onerepublic Terhenti Seketika

by Phic ARMAN
April 26, 2018
Share on Facebook

Konsert Onerepublic Live In Malaysia, di Stadium Merdeka, di sini, malam tadi, berlangsung dengan penuh meriah apabila menerima kehadiran lebih daripada 10,000 peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Walaupun sejak kebelakangan di Kuala Lumpur kerap hujan di malam hari, namun konsert ini berjalan lancar dengan penonton pelbagai peringkat usia untuk memenuhi stadium seawal jam 6 petang semalam. Masing-masing tidak sabar untuk melihat vokalisnya, Ryan Tedder, Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis) beraksi di atas pentas.

Lagu NbHD, Stop & Stare Sebagai Pembukaan

Tanpa melengahkan masa, selepas penyanyi Zizan Razak selesaikan persembahannya, Stadium Merdeka jadi gamat dengan bunyi sorakan penonton tatkala melihat kelibat Ryan Tedder sudah ada di pentas. Konsert dimulakan pada tepat jam 9 malam dengan nyanyian lagu NbHD dan Stop and Stare sebagai pembukaan.

Kemudian, konsert diteruskan dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu popular mereka seperti Secrets, Kids, Good Life, Wherever I Go, Better, Feel Again dan banyak lagi.

Paling meriah adalah apabila Ryan menyampaikan lagu wajibnya, Apologize, yang membuatkan seluruh peminat berdiri melaungkan bait-bait lirik bersama.

Gamat! Stadium Terhenti Seketika

Stadium sepi dan gelap gelita seketika dan mencetuskan rasa kebingungan di kalangan penonton. Ramai yang menyangka sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dalam keriuhan itu, seluruh stadium terlihat mula diterangi lampu-lampu bergemerlapan dengan lampu telefon seperti melihat bintang-bintang di angkasa. Indah sekali!

Tiba-tiba terdengar suara Ryan muncul di pentas meminta penonton menghidupkan cahaya telefon . Stadium jadi riuh apabila kemuncak konsert tersebut Ryan mendendangkan lagu Counting Star. Mungkin ini sekadar gimik sempena lagu itu?

Lagu itu mencatat sejarah dalam karier seni penyanyi itu apabila Muzik Video lagu itu di Youtube mendapat lebih 2.2 Billion tontonan.

Tidak menafikan, rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan 19 lagu yang dipersembahkan. Sepanjang persembahan mereka, suasana konsert berlangsung dengan tenang dan berakhir pada jam 10.50 malam.

Mengimbas kembali, kali pertama kumpulan ini berkunjung ke Malaysia pada 31 Oktober 2013 sempena konsertnya di Surf Beach Sunway, Selangor.

Selepas 5 tahun, barulah kumpulan rock ini kembali mengubati rindu barisan peminatnya di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

onerepubliconerepublicinklstadium merdeka
https://lomp.at/5f620
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    Audien Panik Konsert Onerepublic Terhenti Seketika

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem