Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[GAMBAR] Wajah Anuar Zain Terkini Persis Umie Aida?

by Khai Azfar
April 30, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah konsert yang menggabungkan tiga penyanyi hebat, Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Lepas Kerinduan Peminat

Tumpuan pada malam itu lebih tertumpu pada Anuar Zain dimana dengan adanya konsert ini ternyata kerinduan peminat-peminat terhadap pelantun lagu Keabadian Cinta ini terubat.

Manakan tidak, Anuar sendiri sudah lama tidak membuat persembahan berskala mega seperti ini dan murai.my difahamkan persembahan pada malam itu cukup hebat dengan masing-masing menampilkan persembahan yang memukau dengan gaya nyanyian tersendiri.

Muka Anuar Zain Terkini Jadi Bualan Netizen

Namun begitu, disebalik kerinduan yang terubat ada pula segelintir yang mendakwa wajah terkini Anuar agak berlainan daripada sebelum ini. Malah ada juga yang berkata wajah penyanyi itu saling tidak tumpah seperti Datin Seri Umie Aida.

Suka untuk kami imbas kembali mengenai kenyataan terdahulu Anuar pada Utusan Malaysia sekitar 2012, bahawa dia mengaku pernah menjalani rawatan muka.

Namun begitu ianya bukanlah suntikan botox seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya itu adalah rawatan berbentuk urutan.

“Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutan di bahagian wajah saya. Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya”

Barangkali mungkin kerana Anuar sudah lama tidak muncul pada majlis seperti itu membuatkan peminat hampir terlupa mengenai fizikal penyanyi ini. Apa pun kami pasti, ramai yang menanti akan lagu terbarunya bukan?

Topik Berkaitan Umie Aida Titip Ucapan Istimewa Sempena Perkahwinan Erra Fazira & Ezwan-"Berkat Hari Jumaat.."

Gambar  Facebook Neyra Shazeyra 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anuar zainanuar zain 2018konsert anuar zainUmie Aidawajah terkini anuar zain
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara