Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Hamil Anak Luar Nikah! Wanita Mahu Pemuzik Tunai Janji

by Khai Azfar
May 3, 2018
Share on Facebook

Jika dahulu seorang pelakon telah dikaitkan dengan kontroversi menghamilkan seorang wanita kini satu lagi kontroversi yang sama tersebar dan kali ini melibatkan seorang pemuzik daripada sebuah kumpulan rock tempatan popular.

Janji Mahu Bernikah Namun…

Pengakuan ini telah dibuat oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia apabila dia kini sedang sarat mengandung hasil hubungannya dengan pemuzik itu. Mahu tunaikan janji dan tanggungjawab pada anak yang bakal dilahirkannya, Sofia mendakwa da kini kesal kerana lelaki itu telah memutuskan hubungan sejak 18 April lalu.

“Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah,”

Pemuzik Larikan Diri

Tambah wanita itu, hubungan mereka semakin dingin apabila pemuzik itu berubah dan enggan bertanggungjawab. Malah dia turut merosakkan telefon bimbitnya. Mereka mula menjalinkan hubungan setahun yang lalu sebelum terlanjur. Tidak kisah dengan statusnya, apa yang diharapkan Sofia hanyalah bapa kepada bakal anaknya ini bertanggungjawab dan mengaku masih cinta padanya.

“Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan,”

Siapakah pemuzik yang dimaksudkan? Meskipun sudah terlanjur, bayi yang bakal dilahirkan sama sekali tidak berdosa dan kepada yang dimaksudkan sudah pasti tanggungjawab anda diperlukan dalam hal ini!

Sumber: Berita Harian

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak luar nikahhamil anak luar nikahkumpulan rock popularpemuzik popular
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara