Thursday, June 8, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Bekas Wartawan Melodi, Zuan Azmi Bongkar ‘Sisi Gelap’ TV3

by Khai Azfar
May 15, 2018
147
KONGSIAN
Share on Facebook

Rancangan Melodi rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Rancangan ini sudah sekian lama bersiaran dan pengacaranya juga silih berganti. Namun begitu jika anda perasan, selain Naz Ahmad, Zuan Azmi juga begitu sinonim dengan Melodi yang sering kali bertanyakan soalan-soalan panas pada penggiat indusri hiburan.

Zuan Dedah Sebab Berhenti Kerja

Akan tetapi Zuan kini tidak lagi bersama Melodi kerana dia sudah berhenti daripada stesen televisyen TV3. Sebabnya? Menurut Zuan, ianya berikutan susulan Zuan memuat naik satu gambar berunsur gurauan mengenai Datuk Seri Najib Abdul Razak di Instagram yang menyebabkan dia dikecam rakan sejawatnya di stesen televisyen itu.

Tambahnya walaupun sudah memohon maaf, disebabkan sekumpulan manusia yang digelarkan Zuan sebagai ‘pemakan dedak gred A’ yang tidak menyenangi kewujudannya disitu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti.

“Masih aku ingat h*nt dlm TV3 yg tibai aku kaw2 waktu kes gambaq DS Najib dulu. Beria-ria nak matikan aku dari TV3, sekarang dh kena halau belum? Untuk orang luar, warga keja TV3 atau Media Prima tidak bersalah, tapi yg salah h*nat  yang kuat makan dedak yang keja dlm TV3 tu sendiri. Percayalah aku cakap yg depa makan dedak gred A, hidup mewah. Cover saja story org2 tu masyukkk baq hang. Minta SPRM check account sekoq2. Depa masyuk tapi warga kerja lain merana bersusah payah atas tindakan mereka. Ada beza pekerja yang mengikut arahan dengan orang suruhan. Walaupun macam-macam cara aku buat nk betulkan salah aku tu dulu termasuklah cubaan nk jumpa & minta maaf dekat DS Najib, depa ni ibarat tak boleh stop selagi aku masih ada di TV3”

Mahu Banteras Rasuah

Dalam kenyataanya itu juga, Zuan turut memohon agar SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa individu di TV3 yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah.

“Di satu sudut, yg buat salah letak gurauan tak kena tempat tu aku, aku akui aku salah & tak patut buat. Ya lah aku tak sokong DS Najib, aku marah sebab apa yg DS Najib buat dekat Tun M pada waktu tu. Gila kot, Tun M tu negarawan hebat, orang Kedah & senior aku di SAHC, confirm2 la aku sokong dia. Aku antara frontliner (bahagian hiburan) TV3 yg berani tunjukkan sokongan kepada Tun M & DS Mukhriz di social media (IG & FB) pada waktu itu. Yang lain semua diam sebab nk selamat diri sendiri saja.

Untuk info setahun jugak aku hadap battle ni seblum aku decide berhenti dengan rela hati tanpa paksaan dari Media Prima pada Nov 2016 & focus bisnes Daging Merah Loqstaq aku. Believe me too many snakes there, semua punyai misi tersendiri baik dedakian, macai, atau dengki semua ada.Nak jelaskan di sini bahawa aku berhenti rela hati bukan sebab isu ni, tapi cubaan nk jatuhkan aku sebab isu ini ada berlaku dari luar & dalam TV3 pada waktu itu”

Tambahnya lagi, dia menjelaskan bahawa kebanyakan mereka yang bekerja di Media Prima menjadi mangsa cacian netizen dek kerana segelintir daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Dia juga turut berharap agar kepimpinan terkini dapat mengatur semula struktur pembangunan program TV3.

“Aku amat berharap h@n@t2 ni akan dibersihkan sepenuhnya dari TV3 & Media Prima khususnya yg ada dalam News tu. Kesian warga kerja lain bekerja siang malam nk cari rezeki utk keluarga kena hentam sebab h@n@t2 ni. Kesian lah kat depa ni. Jangan lah hina & caci rezeki mereka yang tidak bersalah.

Cucilah seluruh Media Prima kerana kalau setakat cuci news department saja tak jalan sebab h@n@t2 ni banyak lagi dkt department lain pun ada. Tak perlu aku mention siapa h@n@t2 ni. Sapa makan cili dia rasa pedasnya! Yg bukan h@n@t2 pastinya akan relax saja kan? Akhir kata Tun M dah diangkat jadi PM, dia pastinya akan bijak atoq TV3 tu jadi elok balik. Dont worry kawan-kawan disana”

Sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ke-7 nampaknya semakin ramai pembaca berita,wartawan dan artis mendedahkan perkara yang sebenar terjadi sebelum ini. Adakah mereka takut sebelum ini? Rasanya sudah ramai tidak sabar untuk tahu akan kebenaran yang sebenar!

Sumber  Facebook Zuan Azmi 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER media primameloditv3wartawan melodizuan azmi melodi
Share59Tweet37SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Entertainment

KC Global Media Lancar Penstriman Terbesar Pertama Di Malaysia Bersama Tonton!

by Aphit J.
April 29, 2023
Lokal

Musim Baharu: Siapakah Mawar Dalam Kehidupan Melur Dan Firdaus?

by Aphit J.
March 18, 2023
Filem

5 Drama Melayu Paling ‘Viral’ 2022, Drama Terakhir Buat Ramai Emosi

by Nurin Sakinah
December 26, 2022
Lokal

‘Yang Hodoh Je Minta Puluh-Puluh Ribu’- Reaksi ‘Pedih’ Netizen Bila Azaria Tagaya Nikah Tak Minta Hantaran

by Zaidin Albert
September 17, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan