Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Single Terbaru Wan Shahjuddin Pertaruhkan Genre Moden Pop

by Phic ARMAN
May 23, 2018
Share on Facebook

Tidak lama dahulu, pemilik nama Wan Shahjuddin ini pernah menganggotai sebuah kumpulan boyband bersama penyanyi remaja popular Haqiem Rusli. Bagi membina semula momentum kerjaya seninya, Wan Shahjuddin kini tampil dengan single debut berjudul “Apa-Apa”. Single terbaru ini merupakan cubaan pertama anak muda berbakat ini setelah bergerak solo.

Artis Baru Di Bawah Naungan Warner Music

https://www.instagram.com/p/BgrRwjzH-EE/?taken-by=wan_shahjuddin

Single terbitan dan edaran Warner Music ini berkonsepkan Modern Pop yang menggabungkan elemen EDM, Funk, dan Disco. Memilih genre Modern Pop sebagai aliran muziknya, penyanyi yang mesra disapa Wan ini berkata,

“Saya memang meminati muzik berentak pop. Saya ingin mencabar diri saya untuk memberi sajian pop yang berbeza buat peminat muzik. Saya sedar bahawa ianya bukanlah mudah untuk membawa genre bertenaga sebegini, kerana ia memerlukan saya mempersiapkan diri dari segi nyanyian dan juga dari segi persembahan. Saya berharap genre yang saya bawakan ini dapat merancakkan lagi industri muzik Malaysia” 

Wan yang baru berusia 22 tahun mula mendapat perhatian peminat apabila kumpulan boyband remaja yang dianggotainya, Novemboys menjuarai sebuah rancangan realiti Pop Krew TV9 pada tahun 2014. Pernah mengeluarkan 2 buah single ketika bersama Novemboys, termasuk single debut kumpulan itu yang berjudul ‘Fall’ yang merupakan karya ciptaannya sendiri.

Video Muzik Rasmi Dijalankan Dalam Pasaraya

YouTube video

“Apa-apa” merupakan karya ciptaan bersama Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee. Turut dilancarkan adalah video muzik rasmi “Apa-apa” sebagai pendamping visual single ini.

Video muzik ini arahan Khairul Hazwan ini menampilkan idea segar dan unik apabila penggambaran video muzik ini dijalankan sepenuhnya di sebuah pasaraya hypermarket terkenal. Video muzik ini turut menyaksikan bakat tari Wan yang segak menari diiringi penari daripada kumpulan Budak Joget.

Wan ditemui ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warner Music bagi  memperkenalkan artis terbaru Mereka. Sebelum majlis berbuka, Wan sempat menyanyikan single terbarunya secara akustik.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KK Box, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
FtannaFunk DIscoFuzzwaynehaqiem ruslinovemboysOmar KShazeetv9wan shahjuddinwarner music
https://lomp.at/ivk4j
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem