Semenjak popular menerusi drama lakonan Monalisa, nama Zara Zya sering menjadi sebutan. Lakonannya yang bersahaja membuatkan wataknya sentiasa meninggalkan kesan.

View this post on Instagram

Senyuman bila awak tak balas whatsapp saya . . 📷 : @azzlynn_everlastz 💄 : @zarazyahq.beauty 👀 : @eyelenshq

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

IKLAN

Tidak dapat lagi menahan amarahnya, Zara semalam dilihat telah mengamuk di laman Instagram di mana dia mencabar seseorang untuk bersemuka yang didakwa telah membuka aib dirinya.

Menurut Zara, dengan apa yang terjadi, dia tidak akan memaafkan indvidu ini. Zara berkata, sehingga hari ini, individu itu tidak dapat dihubungi kerana Whatsapp telah di sekat.

Zara benar-benar kecewa dengan kejahatan yang telah dibuat oleh individu ini kepadanya. Zara kesal, di bulan mulia ada juga manusia yang sanggup buat perkara sebegini sehingga dia naik darah.

Semoga Zara sabar dengan sikap segelintir manusia yang tak berhati perut. Tapi betul ke ini angkara rakan baik sendiri? Kami sendiri pun tak dapat meneka! Apa-apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan Zara selepas ini.

IKLAN