Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Budak-Budak Yang Baik’- Abby Abadi Puji Faiz Roslan

by Phic ARMAN
May 25, 2018
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Instafamous popular, Faiz Roslan dan kawan-kawannya telah mendapat teguran kali kedua daripada  Da’i Wan Dazrin oleh kerana mereka telah memuat-naik sebuah video parodi lagu ‘Lagi Syantik’ yang agak keterlaluan dengan berpakaian seksi menyerupai seorang wanita. Lebih mengecewakan, video tersebut tersebat di hari pertama bulan Ramadan. Mereka seolah-olah telah mencemarkan bulan suci Ramadan.

https://www.instagram.com/p/Bi4ReMegFKl/?taken-by=thefaizroslan

Walau bagaimanapun, mereka telah memadam video tersebut dan memohon maaf dari semua pihak atas kesilapannya.

Faiz dan rakannya-rakannya juga telah dijemput ke sebuah rancangan Astro untuk bertemu dengan Da’i Wan dan PU Azman. Pertemuan ini sekali gus menjernihkan semula perbalahan yang telah berlaku diantara mereka di media sosial tempoh hari.

Abby Abadi Puji Faiz Roslan

https://www.instagram.com/p/BjLZoGKFxVl/?taken-by=abby_abadi112

Permohonan maaf mereka berdua turut mendapat perhatian dari bekas pelakon popular dan pendakwah Abby Abadi menerusi akaun Instagram miliknya. Abby berkata, mereka bertiga harus dipuji kerana mengakui kesalahan mereka walaupun telah membuat permohonan maaf terbuka kepada semua.

Bagi Abby, sikap mereka yang tak cakap besar dan mudah menerima teguran patut dicontohi oleh semua orang, memandangkan masih ramai lagi yang pernah buat salah namun tetap mengulangi kesalahan yang sama.

Yang Ditegur Bukan Bermakna Mereka Paling Jahat

Abby berpendapat, sikap sesetengah manusia yang tak rasa bersalah ini berkemungkinan kerana tiada yang berani menegur. Katanya lagi, yang ditegur bukan bermakna mereka paling jahat dan yang tak tegur bukanlah bermakna paling baik.

Bukan Bulan Ramadan Sahaja

Menurut Abby, kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga mereka tak semestinya perlu ditegur pada bulan Ramadan sahaja. Pada bulan apa pun mereka tetap salah kerana tampil dengan imej menyerupai perempuan.

"Banyak Perkara Yang Tak Selesai & Mengecewakan Saya..."-Abby Abadi

Undang-undang Perlu Dikemaskini

Abby tidak menyalahkan kepada mereka bertiga sahaja, malah netizen juga patut disalahkan kerana memberi sokongan terhadap kelakuan yang mereka telah lakukan. Abby menegaskan, hanya undang-undang yang perlu dikemaskini kerana hanya dengan cara ini dapat mendisiplinkan kita untuk mencegah kita melakukan kesalahan.

Mendoakan Yang Terbaik

Apa-apa pun, Abby mendoakan semoga mendapat pengakhiran yang baik buat mereka bertiga dan kita semua. Tak lupa juga kepada Da’i Wan Dazrin dan PU Azman yang harus dipuji kerana usaha mereka menegur selebriti di Malaysia.

Sumber IG Abby Abadi

abby abadifaiz roslanLGBTmaknyahpondanPU azmantransgenderwan dazrin
https://lomp.at/hh2yd
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem