Kontroversi mengenai Faiz Roslan begitu hangat diperkatakan. Ekoran itu,usahawan kosmetik, Safiey Illias turut meluahkan sesuatu di Instagram nya dan memohon Safiey untuk tidak terus menghentam rakannya itu.

Mohon Tidak Dipulaukan

Dalam kenyataannya di Instagram, Safiey berkata segala teguran yang diterima tidak akan mengubah pendirian mereka malah akan membuatkan diri mereka lebih ‘jauh’. Malah dia turut mengharapkan masyarakat memberi mengasihani mereka dan berharap tidak akan dipulaukan.

IKLAN

Perli Artis

Tambahnya juga mengulas kembali mengenai tindakan artis yang telah menegur Faiz, dia turut menganggap teguran itu seperti agak melampau. Safiey turut mengungkit kembali kisah silam sesetengah artis yang dahulunya seksi dan sebagainya namun kini sudah berhijrah.

Apa komen anda? Kami setuju dengan kenyataan Azza Elite sebelum ini, benar dahulunya mereka pernah seksi dan sebagainya namun tidaklah sesekali mereka merendahkan dan mempersendakan agama.