Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wow! Stacy Abadikan Akim Dalam Single Raja?

by Khai Azfar
June 1, 2018
Share on Facebook

Bercakap mengenai Stacy, siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang sentiasa beraksi lincah dan penuh bertenaga di atas pentas. Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikah Stacy Binti Anam, 27 kini muncul dengan single terbaharu selepas kejayaan single comeback ‘Cakap Ke Tangan’ pada bulan Oktober tahun lepas.

Kembali Dengan Raja!

Diberi jolokan ‘Ratu Pop Malaysia’, Stacy kembali dengan sebuah lagu bergenredance-pop berjudul‘Raja’ yang lebih menyengat dicipta serta diterbitkan oleh penyanyi dan komposer sedang meningkat naik, Hael Husaini kolaborasi serasi bersama Ezra Kong. Stacy yang juga merupakan dance queen of Malaysia, pernah memenangi beberapa anugerah selain menyandang pelbagai gelaran sepanjang karier seninya. Tetap dengan genre yang melonjakkan namanya, isteri kepada Akim Ahmad ini berkata,

“Setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta dan dikurniakan cahaya mata, saya nekad untuk kembali beraksi demi peminat-peminat yang rindukan buah tangan terbaharu daripada saya. Alhamdulillah, single comeback saya ‘Cakap Ke Tangan’ diterima baik oleh semua dan ia merupakan pemangkin untuk saya terus berkarya di dalam industri muzik tanah air. Masih mengekalkan genre dance-pop, saya mendapat sentuhan saudara Hael Husaini serta Ezra Kong dan mengharapkan ‘magis’ sepertimana lagu-lagu yang pernah mereka ciptakan.

Sejujurnya, single ini sepatutnya dikeluarkan lebih awal tetapi kerana kekangan masa serta jadual yang sangat padat kedua-dua belah pihak ianya tertangguh tetapi akhirnya berjaya disiapkan dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.”

Lagu Untuk Akim

Mengulas lanjut mengenai lagu ‘Raja’, Stacy menerangkan lagu ini mencertiakan mengenai seorang raja dimana seorang wanita sanggup membuat apa sahaja demi raja nya yang tercinta. Mengenai siapakah raja yang dimaksudnya,sudah pasti raja tersebut adalah suaminya sendiri, Akim.

“Single ini menceritakan tentang perasaan seorang wanita yang memartabatkan kekasihnya umpama ‘raja’ dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya. Akan tetapi, ‘raja’ yang bertakhta di hati saya tentulah suami saya dan saya pasti wanita-wanita di luar sana ada ‘raja’ mereka sendiri.”

Stacy Masih Relevan!

Selain itu,ketika ditanya bagaimana Stacy berjaya mengekalkan populariti dari dahulu hingga sekarang, jawabnya,

“Saya percaya kita perlu ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan sebagai penghibur, saya selalu ingin hasilkan yang terbaik untuk peminat-peminat saya serta penggemar muzik di luar sana. Kita perlu berfikiran positif dan sentiasa bersifat terbuka dan paling penting, perlu enjoy dengan apa yang kita lakukan.

Dorongan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan industri serta peminat-peminat amat penting sebagai motivasi dan semangat untuk terus berada di dalam bidang ini. Saya berharap agar lagu ini mendapat respon yang positif sebagaimana lagu-lagu saya yang terdahulu dan terima kasih di atas sokongan anda selama saya bergelar penyanyi.”

Khabarnya juga lagu ini bakal mempunyai koreografi nya tersendiri! Kami percaya ramai yang tidak sabar untuk melihat Stacy beraksi bukan? Lagu ‘Raja’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Akim Ahmad Nekad Berhenti Merokok Selepas Bapa Mentua Disahkan Kanser Paru-Paru
stacystacy raja
https://lomp.at/5w8pz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara