• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Fakta Menarik Mengenai Lagu Hari Raya Aidilfitri Yang Ramai Tak Tahu

by Khai Azfar
June 15, 2018
Share on Facebook

Masuk penggal kedua berpuasa ini bermakna radio-radio akan mula memutarkan himpunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Ada yang suka dengan versi baru dan ramai juga memilih untuk mendengar lagu raya klasik. Apa pun lagu-lagu ini sentiasa menggamit memori.

5 Fakta Menarik Mengenai Lagu Raya

Namun begitu, disebalik keindahan lagu tersebut tahukah anda fakta disebaliknya? murai.my bawakan 5 fakta tersebut yang kami pasti ramai daripada anda tidak mengetahuinya.

Lagu Balik Kampung Asalnya Bukan Lagu Raya

YouTube video

Lagu raya “Balik Kampung” oleh Allahyarham Sudirman sebenarnya bukanlah dirakam untuk lagu raya kerana menurut kajian, setiap lagu penyanyi ini mempunyai temanya tersendiri. Balik kampung pula ditujukan untuk para siswazah yang teruja pulang ke kampung dan lagu tersebut juga diangkat sebagai lagu raya kerana harmoninya mampu menceriakan suasana pulang beraya.

Lagu Ini Adalah Lagu Raya Pertama Di Malaysia

YouTube video

Diterbitkan pada tahun 1936, lagu berjudul ‘Selamat Hari Raya’ dinyanyikan oleh, Allahyarmah Aminah Nani, seorang penyanyi bangsawan yang juga dikenali sebagai Miss Aminah dikatakan adalah lagu hari raya pertama yang pernah dirakamkan di rantau ini.

“Sejak tahun 30an, lagu raya ini sudah ada dan ketika itu, ia banyak menceritakan apa yang saya ingat, tentang suasana kampung berhari raya.

“Ada lirik itu pernah saya dengar, masak dodol di malam hari raya, kacau wajik di malam hari raya; siapkan ketupat untuk hari raya; liriknya semua menceritakan mengenai suasana di hari raya yang akan mereka sambut,” – penulis lirik veteran Encik Yusnor Ef.

Lagu Selamat Hari Raya Sebenarnya Bertujuan Untuk Mogok

Lagu Ahmad Jais ini sebenarnya telah dicipta oleh  Allahyarham P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 untuk menyokong perjuangan pekerja-pekerja filem yang mogok pada Hari Raya tahun itu.

Pada bulan Mac dan April 1957, pekerja-pekerja studio filem MFP (Malay Film Productions) milik Shaw Brothers telah melancarkan mogok untuk menuntut gaji yang lebih berpatutan. Mogok mereka telah berlarutan sehingga Hari Raya yang jatuh pada 1 Mei 1957.

YouTube video

Salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh PERSAMA ialah menganjurkan konsert amal untuk mengutip dana bagi membantu perjuangan pekerja-pekerja yang sedang mogok. Sempena Hari Raya tahun itu, P. Ramlee dan Jamil Sulong telah menggubah sebuah lagu Raya baru untuk dinyanyikan semasa konsert amal tersebut dan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk menulis lirik lagu itu!

Lagu Suasana Hari Raya Adalah Dendangan Anuar Zain Dan Ellina Razak

YouTube video

Siapa sangka lagu ‘Suasana Hari Raya’ yang dirakamkan lebih 30 tahun lalu oleh Anuar Zain dan pasangan duetnya ketika itu, Ellina Razak yang juga kakak kepada Elliza Razak masih terus kekal relevan. Biarpun lagu itu sudah berusia lebih 30 tahun, namun, kesannya masih dirasai sehingga ke hari ini dan muziknya terus diputarkan di corong radio.

10 Lagu Raya Yang Tidak Akan Jemu Mendengar

YouTube video

Mengagumkan! Meskipun lagu-lagu raya ini sudah lama namun generasi baharu juga lebih menggemari karya-karya klasik ini walaupun sebahagian besar lagu tersebut dicipta lama sebelum mereka dilahirkan. Ini adalah 10 lagu raya klasik terbaik sepanjang zaman!

1) Dendang Perantau
Penyanyi: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Ciptaan: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Tahun: awal 1960-an

2) Selamat Hari Raya
Penyanyi: Allahyarham Puan Sri Saloma
Ciptaan: Ahmad Jaafar
Tahun: 1955

3) Aidilfitri
Penyanyi: Sanisah Huri
Ciptaan: Zubir Said / Yusnor Ef.
Tahun: akhir 1960-an

4) Selamat Hari Raya
Penyanyi: Fazidah Joned
Ciptaan: Kassim Masdor / Datuk Jins Shamsuddin
Tahun: akhir 1960-an

5) Seloka Hari Raya
Penyanyi: Uji Rashid dan Hail Amir
Ciptaan: Datuk Dr Ahmad Nawab
Tahun: 1976

6) Dari Jauh Ku Mohon Maaf
Penyanyi: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
Ciptaan: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
Tahun: 1981

7) Suasana Di Hari Raya
Penyanyi: Anuar Zain & Ellina
Ciptaan: Datuk Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan.
Tahun: 1985

8) Suasana Hari Raya
Penyanyi: Allahyarham Sharifah Aini
Ciptaan: Datuk Dr. Ahmad Nawab / Allahyarham Sharifah Aini
Tahun: 1977

9) Satu Hari Di Hari Raya
Penyanyi: Datuk M. Nasir
Ciptaan: Datuk M. Nasir
Tahun: versi asal 1982

10) Pulanglah – Aishah
Ciptaan: Adam Ahmad
Tahun: 1996

Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshadbalik kampunglagu rayalagu raya klasiksuasana hari raya
https://lomp.at/wmyeh
Share3Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

“Biar Gambar Bicara”: Pertemuan Dua Suara Hebat dari Dua Negara Serumpun

by Aphit J.
November 1, 2025

Dua nama besar dalam dunia muzik serantau, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia dari Singapura, akhirnya merealisasikan impian lama...

Read moreDetails
Musik

Irama Dua Dunia: “Hanya Doa” Satukan Mohderzam & Awang BPR Dalam Satu Nada

by Aphit J.
November 2, 2025

Nama Awang BPR bukan asing dalam industri muzik tanah air. Komposer “otai” ini terkenal dengan karya abadi seperti Segalanya Ku...

Read moreDetails
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

by Naddy Joe
October 6, 2025

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read moreDetails
HotList

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Jika sebelum ini tumpuan warganet tertumpu pada kereta mewah yang dinaiki, kali ini satu lagi detail kecil Sosial Buzz berjaya...

Read moreDetails
Berita

Berjaya Pukau 9,000 Peminat, Konsert Sheila Majid 40 Years In Music ‘Sold Out’!

by Naddy Joe
November 11, 2025

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid berjaya memukau 9,000 peminat dengan konsert mega solo pertama berskala besar di Axiata Arena, Bukit...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  3. 3

    Terima Produk Tidak Seperti Dipamer, Pengguna Kecewa Sikap Penjual Dalam Talian

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore