Seperti yang kami ungkapkan sebelum ini dimana tahun 2018 banyak sambungan filem hebat ditayangkan termasuklah bagi Jurassic World. Jika sebelum ini anda sudah menonton Jurassic World pada 2015 dimana ianya telah mencatat sebagai filem kelima yang mencatat kutipan paling banyak dalam sejarah dan yang kedua tertinggi bagi tahun 2015.

Fallen Kingdom Tidak Sekuat Filem Sebelumnya

Jika dibandingkan antara kedua-dua filem Jurassic World ini, kami agak sedikit kecewa dengan Fallen Kingdom kerana jalan ceritanya tidaklah begitu kuat seperti filemnya terdahulu. Malah melihatkan pada keseluruhannya, aksinya seperti kurang berbisa. Namun pujian harus diberi kepada Chris Pratt kerana menguatkan watak utamanya dan aksi dan lagaknya masih lagi bersahaja seperti yang kita boleh lihat dalam Guardians of The Galaxy.

Buat Penonton Sedih

Spoiler Alert! Izinkan kami menceritakan sedikit sedutan filem ini dimana menjadikannya anda harus menonton Fallen Kingdom. Terdapat satu babak dimana kebanyakan dinasour di Isla Nublar akhirnya mati kerana letusan gunung berapi di kepulauan itu. Perasaan sedih mula timbul apabila dinasour itu tidak dapat diselamatkan dan kedengaran bunyi daripada binatang-binatang ini yang menggambarkan perasaan sedih dan terseksa.

Bercakap mengenai penataan bunyi dan kesannya, sesuatu yang tidak patut anda lepaskan! Nasihat kami cuba tonton filem ini di pawagam yang mempunyai ATMOS mahupun 4D, pastinya tidak menghampakan!

IKLAN

Sinopsis Jurassic World: Fallen Kingdom

Jurassic Park kini sudah hancur sepenuhnya namun masih terdapat banyak dinasour yang menghuni kepulauan tersebut. Mahu menjadikan spesis ini tidak terancam, Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) mengambil keputusan menubuhkan sebuah organisasi dan memujuk Owen Grady (Chris Pratt) sertai misi menyelamat.

Namun begitu, ketika dalam usaha menyelamat terdapat pula kejutan dan ancaman yang diterima sehingga menyebabkan misi tersebut gagaL. Dengan kepakaran masing-masing mereka cuba untuk mengagalkan konspirasi tersebut dan turut menemui satu lagi spesis baru dinasour yang berbahaya dan boleh mengancam manusia. Untuk ketahui apakah spesis yang dimaksudkan, anda harus menonton filem ini di pawagam berhampiran!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry