Umum mengetahui bahawa persengketaan di antara dua selebriti iaitu Fasha Sandha dan Nora Danish akhirnya ditamatkan apabila kedua-duanya mengambil keputusan untuk berbaik mengenangkan anak-anak mereka adalah bersaudara. Namun begitu, terbaru Fasha dikatakan telah memuat naik satu suntingan whatsapp di Instagram nya mendedahkan pula sikap sebenar Fazura.

Fazura Tidak Pernah Lupa Hantar Baju Raya

Pelakon cantik ini mendedahkan bahawa setiap kali menjelang Syawal, Fazura pasti tidak akan pernah terlepas daripada menghadiahkannya baru raya.

Tujuannya memuat naik suntingan berkenaan adalah kerana berasa terharu dengan pemberian ikhlas daripada Fazura.

Seorang Yang Pemurah Sejak Dari Dulu

Tambah Fasha, meskipun Fazura kini semakin popular dan turut bergelar isteri kepada Fattah Amin, namun ‘tradisi’ pelakon Gol dan Gincu itu sentiasa diamalkan dan seorang yang pemurah sejak mereka berkenalan ketika Fazura masih berumur 18 tahun.

IKLAN

Boleh dikatakan setiap tahun Fazura akan menghantar baju raya padanya sejak dia bergelar ibu tunggal. Ramai yang terharu dengan keikhlasan Fazura apatah lagi pemberiannya itu melambangkan persahabatan yang baik diantara mereka. Semoga terus dimurahkan rezeki buat Fasha dan Fazura!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry