Bagaikan ‘musim’ pula apabila kebelakangan ini ramai artis dan selebriti yang ditipu oleh orang yang pada awalnya dianggap boleh dipercayai.

Terbaru, pelakon muda Chacha Maembong mendedahkan identiti seorang wanita yang didakwa membawa lari duit dan menipu ramai artis di Malaysia.

Dalam posting di Instagramnya semalam, Chacha mengatakan wanita ini tidak dapat dikesan sehingga hari ini kerana segala perhubungan dalam talian tidak di balas malah dia terlihat sedang melancong.

“Tolong sesiapa kalau terjumpa perempuan ini, cepat-cepat bagitahu saya. Dia Miss in Action. Dia bawa lari banyak duit Artis. Penipu berjaya ni. Jangan percaya Dajjal bertopengkan manusia ini!”

Chacha juga meminta bantuan pengikut-pengikutnya untuk menjejaki wanita ini dan memaklumkan kepadanya dengan segera sekiranya terjumpa.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry