Untuk anda yang berhajat untuk menonton filem ‘abang bomba‘, Qhaliq mungkin terpaksa lupakan niat tersebut kerana dikhabarkan tayangan filem itu telah pun ditarik semula. Malah hasrat kami untuk membuat ulasan mengenai filem Qhaliq juga tidak kesampaian.

Hanya Seminggu Ditayangkan

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh penerbit filem Qhaliq, Datuk Fyzal Fauzi yang kecewa filem terbitan syarikatnya itu telah ditarik dari pawagam di seluruh negara, bermula hari ini. Malah jika mengikut perkiraan filem Qhaliq hanya sempat ditayangkan selama seminggu dan jika ditolak hari raya, ianya sekadar 5 hari ditayangkan.

https://youtu.be/WU1z3qeOnYs

IKLAN

Pilih Kasih?

Menurut Fyzal, isu ini pernah dibangkitkan pengarah dan penerbit filem Aifa Motion Pictures, Ahmad Idham Nadzri, bahawa ramai penerbit baru sering kali menjadi mangsa Sistem Wajib Tayang (SWT).

“Saya pun tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab perihal syarat tayangan di pawagam ini.

“Adakah kuasa pemilik pawagam di Malaysia lagi besar daripada penggubal peraturan perihal pawagam dan tayangan?”

Jika mengikut syarat wajib tayang, durasi yang sepatutnya ditayangkan di pawagam tempatan sekurang-kurangnya adalah dua minggu, iaitu sehingga minggu depan. Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib menampilkan pelakon Hairul Azreen, Risteena Munim, Aliff Yasraf, Ahmad Idham dan Nur Albaniah.

Sumber Harian Metro