Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Mufti Menjelaskan Tindakan DS Vida Di Kubur

by Ayden Mikhael
June 24, 2018
Share on Facebook

Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida (DSV) tampil memohon maaf atas tindakan beliau duduk di atas kubur orang lain yang terletak bersebelahan dengan kubur dua orang arwah anak lelakinya baru-baru ini. DSV meziarahi pusara dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kebakaran, lima tahun lalu di Instagram miliknya.

Jelas Vida, beliau tidak perasaan terdapatnya ayat dalam tulisan jawi di keliling binaan kubur berkenaan dan apa yang berlaku bukanlah disengajakan.

“Saya minta maaf. Saya tak perasaan ada tulisan di keliling pusara itu.

“Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula.

“Kalau kita nak duduk kat kubur cuba netizen bagi cadangan… nak duduk bersila tikar tak bawa,” katanya kepada Mstar Online.

Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru dekat Ipoh, Perak. Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah lot tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan DSV pada malam 3 Ogos 2013.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu berkata, sudah menjadi rutin beliau menziarahi pusara dua anak lelakinya itu pada setiap Syawal pertama. Tindakan Vida ternyata mengundang rasa kurang senang netizen dengan rata-rata pengikutnya di Instagram menyifatkan beliau sebagai tidak beradab.

Topik Berkaitan "Sorry Guys, Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa"- Cik B

Bagaimanapun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu soal jawab menjelaskan hukum duduk di atas binaan kubur adalah makruh.

“Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu, makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana ia dianggap sebagai duduk di atas kubur.

“Kesimpulannya, duduk di atas binaan kubur adalah seperti duduk di atas kubur dan makruh hukumnya. Maka seelok-eloknya kita menjaga adab ketika berada di tanah perkuburan dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar adab-adab,” demikian menurut penjelasan mengenai perkara itu

Sumber : Mstar Online

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri vida
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

ASICS Malaysia
LifeXplore

Tak Perlu Ke Semenanjung, ASICS Malaysia Kini Lebarkan Sayap Ke Sabah!

by Nurul A.
November 12, 2026

ASICS Malaysia telah membuka kedai pertamanya di Sabah secara rasmi, bertempat di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu....

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
LifeXplore

The Failed Romances: Kisah Cinta Tak Kesampaian Bakal Cipta Sejarah Di New York

by Phic ARMAN
November 1, 2026

Setiap orang pasti mempunyai kisah cinta tersendiri. Ada yang berakhir dengan bahagia, ada juga yang sekadar menjadi kenangan. Malah, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Rakyat Sarawak Boleh Shopping IKEA Dengan Harga Sama, Ini Lokasi Gedung Baharu!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak! IKEA Malaysia bakal membuka gedung fizikal pertamanya di Sarawak pada 27 November 2026, bertempat di...

Read moreDetails
Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
LifeXplore

Lapan Generasi Telefon Lipat Samsung, Apa Yang Berubah Sebenarnya?

by Phic ARMAN
October 29, 2026

Telefon pintar boleh lipat bukan lagi sekadar gimik teknologi. Selepas lapan generasi, Samsung terus memperhalusi siri Galaxy Z dengan reka...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
LifeXplore

Boleh Jadi Penyelamat Ketika Blackout? Ini 5 Fakta Menarik DJI Power Auro 2000 Elite

by Phic ARMAN
November 8, 2026

Pernah terfikir bagaimana mahu memastikan telefon, komputer riba atau peralatan elektrik terus berfungsi ketika bekalan elektrik terputus? Atau mungkin anda...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara