Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Emirates Perkenal Pengalaman Kabin Khas Untuk Penumpang Buta Dan Rabun

by Phic ARMAN
October 27, 2026
Share on Facebook

Pernah terfikir bagaimana penumpang buta atau yang mempunyai masalah penglihatan mengenali suasana dalam pesawat? Emirates tampil dengan satu pengalaman menarik yang membolehkan mereka meneroka kabin pesawat menggunakan bunyi dan sentuhan.

Menerusi aktivasi ini, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman duduk di dalam kabin pesawat dalam suasana yang tenang dan selesa. Menariknya, mereka bukan sekadar mendengar penerangan, tetapi turut dibimbing untuk mengenali persekitaran di sekeliling.

Emirates A350 Bawa Pengalaman Guna Audio Dan Sentuhan

Pengunjung berpeluang duduk di kerusi sebenar pesawat Emirates A350 yang dilengkapi sandaran kepala U-Dream. Sepanjang pengalaman tersebut, audio spatial digunakan untuk menerangkan pelbagai aspek kabin, seolah-olah membawa mereka mengenali ruang di sekeliling tanpa perlu melihatnya.

Selain audio, pengunjung juga boleh meneroka bahagian tertentu melalui sentuhan dengan bantuan hos yang memberikan panduan.

Pendek kata, mereka boleh membayangkan suasana kabin melalui bunyi dan sentuhan. Bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan, pengalaman seperti ini boleh membantu mereka lebih memahami persekitaran pesawat.

Emirates Mahu Semua Penumpang Travel Dengan Yakin

Emirates

Apa yang menarik, inisiatif ini bukan sekadar mahu menunjukkan kecanggihan teknologi. Emirates turut memberi perhatian kepada aspek accessibility atau aksesibiliti supaya penumpang dengan keperluan berbeza dapat menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa.

Apabila seseorang tahu apa yang ada di sekelilingnya, mereka mungkin berasa lebih yakin dan kurang bergantung kepada bantuan orang lain.

Topik Berkaitan Ini 10 Syarikat Penerbangan Dengan 'Legroom' Paling Luas Di Dunia Untuk Kelas Ekonomi

Nampak macam perkara kecil, tetapi impaknya boleh jadi besar kepada individu yang berdepan cabaran penglihatan.

Bagi Emirates, pengalaman travel yang baik bukan hanya tentang kerusi selesa, makanan sedap atau hiburan dalam pesawat. Sebaliknya, setiap penumpang juga perlu diberi peluang untuk bergerak dengan lebih yakin, selesa dan bermaruah.

Kerana akhirnya, pengalaman terbang yang terbaik sepatutnya boleh dinikmati oleh semua orang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
emirates
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
LifeXplore

JAECOO J5 EV Baru Sahaja Dilancarkan di Malaysia, Ini 5 Perkara Bakal Pemilik Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Nak beralih daripada kereta petrol kepada EV tetapi masih tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang aku dapat?” Baru sahaja dilancarkan, JAECOO J5...

Read moreDetails
LifeXplore

Bazar Merdeka HABIB Kembali, Diskaun Emas Hingga RM50 Setiap Gram!

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Bila sebut Merdeka, selain kibarkan Jalur Gemilang, ada juga yang mula fikir nak belanja diri dengan sesuatu yang lebih bermakna....

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
LifeXplore

8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Kalau anda ingat kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq hanya akan berakhir pada hari akad nikah, nampaknya belum lagi. Astro...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
LifeXplore

Nak MPV Mewah Tapi Tak Mahu Sibuk Mengecas? GWM WEY G9 HEV Mungkin Jawapannya

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Kalau anda sedang mencari MPV mewah untuk keluarga, tetapi tidak mahu pening kepala memikirkan lokasi pengecasan, GWM Malaysia ada berita...

Read moreDetails
LifeXplore

Oh Sem Malaysia! Tourism Malaysia & AirAsia MOVE Ajak Anda Terokai Permata Tersembunyi Negara

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Jika sebut tentang percutian dalam negara, destinasi popular seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka mungkin terus bermain dalam fikiran. Tetapi,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara