Dalam dunia yang semuanya mahu dikongsi di media sosial, kualiti gambar sememangnya menjadi antara perkara penting ketika memilih telefon pintar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar mengambil gambar sendiri, OOTD atau merakam momen bersama keluarga dan rakan.
Menyedari keperluan itu, HUAWEI nova 16s Pro tampil dengan sistem kamera yang memberi tumpuan kepada fotografi potret, termasuk sensor utama 200MP RYYB Ultra-Large Sensor.
HUAWEI nova 16s Pro Dengan Kamera Utama 200MP
Antara tarikan utama model Pro ini ialah sensor bersaiz 1/1.28 inci yang direka untuk menangkap lebih banyak cahaya dan perincian. Ia turut dilengkapi sistem penstabilan OIS dan AIS bagi membantu menghasilkan gambar lebih tajam, termasuk ketika berada dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.
Jadi, kalau sebelum ini gambar waktu malam selalu nampak kabur atau kurang menyerlah, teknologi ini sekurang-kurangnya membantu memberikan hasil yang lebih baik.
Selfie Lebih Natural, Wefie Pun Lebih Fleksibel
Bukan kamera belakang sahaja diberi perhatian. HUAWEI nova 16s Pro turut menampilkan Front and Rear True-to-Colour Cameras bagi menghasilkan tona kulit dan warna yang lebih semula jadi.
Kamera hadapannya juga menawarkan fungsi Selfie dan Wefie Zoom antara 0.8x hingga 5x. Ini membolehkan pengguna mengambil gambar berkumpulan atau potret jarak dekat dengan lebih fleksibel.
Tak perlu lagi bersusah payah mencari orang paling tinggi untuk pegang telefon ketika sesi wefie!
AI Mudahkan Kerja Edit Gambar
Lebih menarik, siri ini turut dilengkapi beberapa ciri pengimejan berasaskan AI seperti AI Composition, AI Move, AI Remove, AI De-glare dan AI Best Expression.
Fungsi ini membolehkan pengguna menyusun komposisi, mengalihkan objek, membuang gangguan serta memilih ekspresi wajah terbaik terus melalui telefon.
Pendek kata, proses mengemas kini gambar menjadi lebih mudah tanpa perlu bergantung kepada aplikasi suntingan pihak ketiga.
Bagi pencinta fotografi mudah alih, HUAWEI nova 16s Pro nampaknya mahu menjadikan setiap momen lebih menarik untuk dirakam dan dikongsi.













