• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aizat Amdan Beri Hadiah Ulangtahun Istimewa Buat Tun M

by Phic ARMAN
June 29, 2018
Share on Facebook

Ibarat condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak. Begitulah wadah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir pernah meletakkan nama Malaysia di peta dunia sehingga digelarkan sebagai Harimau Asia ketika mengurus tadbir negara selama 22 tahun dari tahun 1981-2003.

Pada 10 Mei yang lalu dunia menyaksikan Malaysia dilanda angin perubahan apabila tertubuhnya kerajaan baru di Malaysia yang diterajui oleh pemimpin yang bijaksana lagi disegani yakni Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 yang sangat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia. Malaysia dipandang tinggi kerana sesuatu yang mustahil di atas kertas analisa penganalis politik seluruh dunia, kini sudah pun menjadi nyata.

Aizat Lancar Single Terbaru

Sesuai dengan nafas baru Malaysia dan iklim politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Aizat melancarkan single terbaru berjudul ‘HARAPAN JADI NYATA’. Apa yang menarik tentang single ini, ianya seumpama ramalan yang akhirnya menjadi nyata.

Bait-bait lirik lagu yang ditulis Aizat Amdan pada tahun 2011 ini, seakan-akan dapat membaca apa yang bakal terjadi pada perjalanan politik Tun M pada tahun 2018. ‘HARAPAN JADI NYATA’ merupakan karya ciptaan penuh Aizat sendiri dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai penerbit dan pengedar.

Berkonsepkan Pop Balada

https://www.instagram.com/p/BkkMLkxhtFS/?taken-by=aizatamdan

Single yang berkonsepkan pop balada ini mengambil ilham daripada falsafah kepimpinan dan perjuangan Tun M. Dalam menjelaskan inspirasi di sebalik lagu ini Aizat berkata,

“Sejujurnya inspirasi lagu ini datang dari ayah saya yang ingin menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya kepada Tun M yang juga merupakan pemimpin idolanya.”

Tun Mahathir Jadi Inspirasi

“Lagu ini hanya untuk memberi penghormatan kepadanya setelah berjasa pada Malaysia begitu lama. Saya tidak sangka pula dia akan naik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua. Sayangnya, ayah saya sekarang diserang penyakit strok. Saya pasti dia gembira dengan keadaan Tun sekarang. Kalau bukan sebab sakit, mungkin sekarang ayah saya pun turut aktif menyokong kepimpinan Tun”.

Meskipun sudah ditulis sejak 7 tahun lalu namun ‘HARAPAN JADI NYATA’ ini tidak pernah dirakam dan dikeluarkan secara rasmi. Namun begitu, lagu ini pernah dipersembahkan oleh Aizat secara langsung bersama Suki Low dan Lorence Soosai dalam sebuah majlis penghormatan buat Tun M pada tahun 2011 iaitu di Majlis Gala Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor.

Bukan Lagu Berunsur Patriotik

Bila ditanya matlamat sebenar disebalik pelancaran lagu ini, Aizat menjelaskan,

“Sebenarnya kami tak merancang pun nak keluarkan lagu berunsur patriotik. Tapi selepas dapat kerajaan baru pada 10 Mei yang lalu, keadaan dan suasana negara macam berubah. Like a breath of fresh air untuk Malaysia. Jadi saya fikir sangat sesuai untuk single yang pernah saya tulis ini sebagai tribute to this historic moment yang boleh kita ingat selama-lamanya”.

Jalani Rakaman Hanya 5 Jam

Single yang berkonsepkan pop balada ini dirakam sepenuhnya di Emil Berliner Studio, Berlin, Jerman. Anas Amdan yang juga penerbit rakaman ’HARAPAN JADI NYATA’ turut bercerita bahawa,

https://www.instagram.com/p/BkmHcPbht_R/?taken-by=aizatamdan

“Studio yang kami pilih ini merupakan studio rakaman terkenal yang menjadi pilihan artis-artis lagenda antarabangsa, antaranya David Bowie yang pernah merakam albumnya di sini.

“Rakaman single ini dibuat sepenuhnya oleh Aizat kecuali bahagian strings. Kami diberi masa 5 jam sahaja untuk jalankan rakaman sebab itu saja yang kami mampu nak sewa. Tapi overall it was a nice experience for Aizat to be recording in an international class environment. Kemudiannya, track tersebut dibawa balik dan diadun oleh Felix Voon”.

Aizat berhasrat single ini bukan sahaja sebagai tanda penghormatan buat negarawan ulung ini tetapi ianya juga merupakan hadiah buat Tun M yang bakal meraikan ulangtahunnya yang ke-93 pada 10 Julai nanti.

‘HARAPAN JADI NYATA’ boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula pada hari ini 29 Jun 2018. Muzik video bagi ‘HARAPAN JADI NYATA’ juga sudah boleh ditonton di YouTube Vlog Aizat.

Lagu dan muzik video ‘HARAPAN JADI NYATA’ boleh didengari di pautan ini https://WMM.lnk.to/hjn. Untuk maklumat lanjut sila layari www.theaizatamdan.com.

https://lomp.at/7rfu9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’

by Naddy Joe
December 19, 2025

Penyanyi rap tri-bahasa tempatan, Malik Choo tampil dengan single terbaharu berjudul 'Move On'. Lagu ini merupakan sebuah karya rap pop...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore