Demi mengejutkan sambutan kelahiran kekasih hati, Zara Zya sanggup berpanasan memakai kostum maskot beruang di sebuah restoran. Rakaman yang dimuat naik di laman Instagram itu mendapat perhatian pengikut yang merasakan aksi Zara Zya itu terlalu sweet dan romantik.

Hafreez Adam juga kelihatan sungguh teruja yang di datangi maskot bersama kek. Maskot itu kemudiannya meminta pertolongan Hafreez untuk menanggalkan kepala maskot tersebut.

IKLAN

Setelah berjaya ditanggalkan, wajah Hafreez bertukar lebih ceria selepas mengetahui maskot itu rupanya kekasihnya.

“Sorong papan tarik papan. Best tak kena prank? @hafreezadam Happy belated birthday awak,” tulis Zara.

Pelakon drama bersiri Gantung ini mula rapat dengan Zara di set penggambaran drama Monalisa sejak sembilan bulan lalu. murai.my mendoakan agar pasangan ini dapat mendirikan rumah tangga secepat yang mungkin. Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang, tetiba!

Sumber : Instagram Zara Zya