Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bau Ketiak Busuk? Khai Bahar & Nabila Razali Kongsi Kisah Zaman Sekolah

by Zaidin Albert
July 3, 2018
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Selalunya kita sukar untuk menghidu bau badan sendiri. Diri cakap wangi, tapi orang sekeliling cakap busuk.

Secara amnya peluh tidak berbau, tetapi kehadiran bakteria pada kulit merupakan penyebab pengeluaran bau yang adakalanya tidak menyenangkan. Masalah bau badan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baik lelaki mahupun wanita.

Seperti yang berlaku pada penyanyi yang tengah meningkat naik, Khai Bahar dan Nabila Razali yang mengakui pernah mengalami masalah bau badan lagi-lagi bau ketiak ketika di bangku sekolah.

Khai Bahar Akui Pernah Alami Masalah Bau Badan

Menurut Khai Bahar, dia sendiri pernah melalui zaman remaja di mana mempunyai masalah badan berbau namun ketika itu belum ada kesedaran untuk penjagaan diri.

“Dulu zaman sekolah, saya pernah mengalami masalah badan berbau sampai ramai yang tak mahu dekat”

“Tetapi pada waktu itu, saya sendiri tak sedar bahawa badan saya berbau sehinggalah bila sudah mencapai umur lebih dewasa, baru rasa menyesal kerana tidak mementingkan penjagaan diri seperti memakai Deodoran selepas mandi pada waktu itu,” katanya .

Nabila Pastikan Guna Deodoran Selepas Mandi

Bagi Nabila, sejak bergelar selebriti, dia perlu memberi lebih tumpuan dalam penjagaan diri lagi-lagi berkaitan dengan masalah bau badan kerana berpeluh.

“Sejak bergelar selebriti, sememangnya saya akui jadual harian agak padat dengan undangan mengadakan persembahan dan bertemu peminat. Dengan menggunakan deodoran selepas mandi, saya berasa lebih selesa dan yakin,” katanya.

NIVEA Melancarkan Kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’

Khai Bahar dan Nabila Razali ditemui ketika pelancaran Kempen Penjagaan Diri Terbaek’ di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya anjuran Nivea.

Kempen ini bakal dijalankan di beberapa sekolah di seluruh Malaysia bagi menyampaikan mesej kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri dikalangan pelajar sekolah.

"Jadi Apa-Apa Dekat Family Adik Aku, Aku Cari Korang!"-Khai Bahar
Dari Kiri Pn Hj Misliah Kulop, Pn Faridah Yang Razali dan Mr Ng Hock Guan merasmikan pelancaran NIVEAs Langkah Berkeyakinan music video

Memahami keperluan ini, NIVEA tampil dengan kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ yang bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara, cara-cara untuk memupuk tabiat pengajaan diri yang terbaik .

Kempen ini yang merupakan satu inisiatif berjangka panjang, akan membabitkan sebuah pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar utama Malaysia.

Dalam setiap lawatan, mereka akan berkongsi sebuah ceramah selama 45 minit yang akan meliputi aspek-aspek utama kebersihan diri termasuklah penjagaan bahagian bawah lengan dan dandanan diri; khususnya kepada pelajar yang sedang mengalami perubahan akil baligh.

https://www.instagram.com/p/Bkw-Ff8giLT/?taken-by=hangatmalaysia

‘Langkah Berkeyakinan’

Untuk memberikan pelajar peluang untuk lebih melibatkan diri dalam kempen ini, kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ turut mempunyai lagunya tersendiri yang bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan’. Dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Khai Bahar dan Nabila Razali, lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang penjagaan diri dan bahagian bawah lengan.

YouTube video

Pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA

Para pelajar juga boleh menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan berkongsi video mereka di platform digital seperti Facebook dan Instagram!

Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ NIVEA mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok and Smule, dan kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA and #LangkahBerkeyakinan. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi NIVEA,,www.facebook.com/mynivea/ dan NIVEA Men, www.facebook.com/myniveamen/.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
khai baharnabila razaliniveapenjagaan diripenjagaan diri terbaek
https://lomp.at/r4etv
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem