Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

“Tak Berniat Pun”- Syed Saddiq Jawab Tuduhan Sindir Hishammuddin

by Phic ARMAN
July 16, 2018
Share on Facebook

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 telah bermula buat kali pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

Syed Saddiq, Dari Juara Debat ke Dewan Rakyat


Hari ini merupakan pertama kali Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memasuki Dewan Rakyat di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Beliau telah berkongsi saat-saat indah itu di akaun Instagram miliknya.

Antara yang menarik perharian adalah beliau memuat naik video yang memaparkan Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Insta Story.

“The man who called me anak kucing when i contested in Muar (lelaki yang panggil saya anak kucing semasa saya bertanding di Muar,”

Kata-kata itu telah ditulis dalam video yang dipaparkan di mana Hishammuddin yang sedang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sembrong pada sidang Dewan Rakyat itu.

Menurut laporan dari Mstar, Sebelum ini, Hishammuddin  pernah menggelarkan Saddiq sebagai ‘anak kucing’ dan ‘setahun jagung’ yang tidak mengetahui isu tempatan di Muar.

Beliau mengingatkan masyarakat Muar untuk tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mengeksploitasi kawasan mereka terutama Saddiq.

Ditegur Netizen Kerana Bersikap Tidak Matang


Namun tindakan Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan ini tidak disenangi oleh segelintir pengikutnya di Twitter. Ada diantara mereka menganggap sikap Saddiq seperti tidak profesional kerana bersikap tidak profesional kerana menyindir Hishammuddin.

Tak Berniat Nak Memalukan


Apa yang bitter-nya?
Saya tak mencaci atau mengkeji. Tak berniat nak memalukan pun. Sebab tu saya tag DS @HishammuddinH2O sekali. Sebelum ni pun dah banyak kali berinteraksi.

Cuma nak tunjuk bahawa anak muda mampu & x sepatutnya diperkecilkan. A reminder to all, including me. https://t.co/e4KR1yZdOl

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 16, 2018

Terbaru menerusi kenyataannya menerusi laman twitter, Saddiq telah menjelaskan bahawa dia tidak berniat menyindir mahupun memalukan Hishammuddin.

“Saya tak mencaci atau mengkeji. Tak berniat nak memalukan pun. Sebab tu saya tag DS @HishammuddinH2O sekali. Sebelum ni pun dah banyak kali berinteraksi. Cuma nak tunjuk bahawa anak muda mampu & x sepatutnya diperkecilkan. A reminder to all, including me”- jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Syed Saddiq Sebak Hantar Bella Astillah Menunaikan Umrah, Raih Perhatian Ramai!
hishammuddinsyed saddiq
https://lomp.at/u6d88
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem