Saturday, April 27, 2024

Syed Saddiq Berjaya Hapuskan Rekod Najib, Ini Respon KJ

Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang  secara rasmi telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sekaligus telah melakar sejarah apabila menjadi menteri penuh termuda di Malaysia.

Pelantikkan ini telah menghapuskan rekod sebelum ini di mana pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.

Foto: UTUSAN ONLINE/BERNAMA

Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, komitmen dicerminkan kerajaan adalah bukti usaha untuk mengangkat suara anak muda akan terus dihargai.

“Saya baru saja selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai anggota Jemaah Menteri dan bakal menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi penggal ini.

“Saya memanjatkan rasa penuh syukur dan takzim ke hadrat Ilahi atas pelantikan ini.

Khairy Jamaluddin Ucap Tahniah

Foto: UTUSAN ONLINE/BERNAMA

Sementara itu, dalam kenyataan yang berlainan, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan ucapan tahniah kepada Saddiq di atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mendoakan Saddiq mampu membawa kejayaan lebih besar kepada kementerian.

Sumber Harian Metro dan Utusan

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI