Norshahila Binti Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah telah buktikan bahawa perkahwinan bukanlah alasan untuk tidak berjaya mahupun menamatkan kariernya begitu sahaja.

Rangkul Dua Anugerah Di China


Buktiknya, pemenang Asian Wave ini telah berjaya merangkul dua anugerah utama di Zhengzhou, China semalam. Difahamkan pada malam acara tersebut, Shila telah memenangi anugerah Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste. Ini bukanlah kali pertama Shila menerima anugerah di luar negara malah dia turut tersenarai dalam kategori celebrities, Forbes 30 under 30 Asia 2018.

IKLAN

Hadiah Hari Jadi Yang Ke 28


Lebih manis, ibunya Fauziah turut berbangga dengan pencapaian anaknya itu serta menganggap anugerah yang dimilikinya itu sebagai hadiah hari lahir Shila yang ke 28 pada 13 Ogos ini. Tahniah diucapkan buat Shila yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia!