Sunday, May 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Aizat Amdan & Kaka Azraff Bakal Mewarnai Filem Gol & Gincu Vol. 2

by Phic ARMAN
September 7, 2018
174
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas 13 tahun filem dan siri ‘Gol & Gincu’ dilancarkan dan menjadi fenomena, peminat filem tempatan kembali teruja apabila francais terkenal itu kembali dengan filem terbaru versi reboot, ‘Gol & Gincu Vol. 2’.

Aizat Amdan & Kaka Azraff Bakal Mewarnai Filem Gol & Gincu Vol. 2

Sebagaimana filem pertama yang dihasilkan pada tahun 2005, filem terbaru ‘Gol & Gincu Vol. 2’ turut dilengkapi dengan seleksi lagu terbaik yang memberi lebih jiwa kepada penceritaan filem tersebut. Bertepatan dengan tema yang dipaparkan dalam filem tersebut, maka dengan itu lagu ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ nyanyian Aizat Amdan feat. Intan Serah dan Annabel Michael dipilih sebagai seleksi lagu tema yang mewarnai filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’.

Sekiranya sebelum ini, lagu nyanyian ibu saudaranya, Ella ditampilkan sebagai penyanyi lagu tema, kali ini Kaka pula dipilih untuk menyanyikan lagu tema ‘Gol & Gincu Vol. 2’. Lagu ‘Shout It Out’ merupakan karya ciptaan bersama Audi Mok, Shazee Ishak dan Atilia Hanna. Lagu yang mendapat sentuhan moden ini menampilkan lirik yang membangkitkan semangat percaya diri.

Manakala lagu ‘Hari-Hariku’ pula ditulis oleh Aizat sendiri bersama Mel Ramlan. Lagu yang mempunyai melodi yang mesra telinga dengan lirik yang mengangkat tema setiakawan disusun dengan muzik bertenaga oleh Faridz Fazmel dan Izzy Musa. Lebih istimewa lagi, lagu ‘Hari-Hariku’ diserikan dengan penampilan barisan pelakon ‘Gol & Gincu Vol. 2’ sendiri.

https://www.instagram.com/p/BnYth-Xhjea/?taken-by=aizatamdan

Sememangnya lagu memainkan peranan yang penting dalam melengkapi penceritaan sesebuah filem. Namun begitu, bukan lagu saja yang perlu diteliti, malah karakter penyanyi yang menyanyikannya turut menjadi nilai tambah.

Mengulas tentang pemilihan Kaka dan Aizat untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut Lina Tan, penerbit ‘Gol & Gincu Vol. 2’ berkata,

“Kaka mempunyai karakter yang sesuai untuk menghidupkan lagu ‘Shout It Out’, sebuah lagu yang boleh membangkitkan semangat dan boleh dikatakan bakal menjadi lagu anthem orang muda zaman sekarang.

Manakala pemilihan lagu ‘Hari-Hariku’, bukan saja kerana lagu itu kedengaran sangat fun dan sempoi tapi disebabkan karakter Aizat sendiri yang friendly sesuai dengan tema kesetiakawanan dalam lirik lagu ini”.

Filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ merupakan arahan sulung Umi Salwana Omar terbitan Red Films, menampilkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama. ‘Gol & Gincu Vol. 2’ juga menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani serta pelakon lelaki popular masa kini Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf.

Cerita yang diilhamkan oleh Rafidah Abdullah yang juga penulis asal ‘Gol & Gincu’ telah diberi olahan segar oleh Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu ‘Gantung dan Kelabu’. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Oktober 2018.

Bagi membina momentum menjelang tayangan perdana ‘Gol & Gincu Vol. 2’ pada 17 Oktober nanti, kedua-dua lagu tema filem tersebut iaitu ‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ telah dilancarkan dikesemua pelantar digital tepat jam 12 malam tadi. Manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini pula akan dilancarkan pada 20 September 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER aedy ashrafaizat amdandiana danieelediana daniellekaka azraffrafidah abdullahsharifah armanisyafiq kyleummi nazeera
Share70Tweet44SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

[VIDEO] Netizen Teruja Syafiq Kyle Tayang Badan-“Buat Persiapan Untuk Majlis Kahwin Nanti Ke?”

by Jash Lee
May 26, 2023
Lokal

Ummi Nazeera Dalami Watak Guru Yang Berkorban Untuk Orang Asli Di RTM

by Aphit J.
May 20, 2023
Lokal

Penyondol Jadi Punca Konflik, ‘Drama’ Selebriti Kahwin Cerai Tahun Ini Buat Peminat Muak Tetapi Simpati!

by Puteri Alia
May 18, 2023
Foto - Bata
Fesyen

Tahniah, Anna Jobling & Aedy Ashraf Dipilih Jadi Duta Jenama Bata Malaysia

by Lisa Ghani
May 16, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan